Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Wednesday, June 22, 2011

Pergi....



Kau hadir tanpa diundang...
Kau mengundang rasa marah di hatiku setiap kali aku memandangmu...
Kau datang dekat denganku tatkala kau nampak wajahku...
Aku rimas
Aku menyampah
Aku x suka
Tapi...
Kau tetap setia di sisiku..
Kau inginkan belaianku...
Matamu...
Mencairkan hatiku...

Tanpa diduga...
Dengan kuasa-Nya..
Aku menjadi pencintamu...
Aku sentiasa mencarimu...
Aku tidak berhenti memanggil namamu...

Bila balik ke rumah...
Biar perutku lapar..
Asalkan kau kenyang dahulu..
Entah kenapa kau menjadi keutamaanku...

Kau menjadi teman nontonku..
Kau menjadi teman tidurku...(tapi bukan dalam bilik la...)
Kau kubelai dan kumanja...

Namun siapa tahu..
Bila aku balik semalam..
Seperti biasa aku memanggilmu..
Tapi kau tiada...
Kau pergi entah ke mana
Kau sudah hilang...
Tiada siapa tahu ke mana pergimu...

Hati ini terasa kehilangan
Tidak pernah aku menyayangi seekor binatang seperti ini...

Oh KUCINGKU....
aku panggilmu Chacha.....

kau pergi...
pergi dariku....


p/s: siapa sangka orang yang dahulu menyampah tengok kucing mengiaw-ngiaw...
tapi sekarang telah menyayangi makhluk Allah itu....
Ya Allah....ke mana dia pergi...atau sudah tiada di dunia lagi.... :(

Sunday, June 12, 2011

Welcome June.... (",)







Assalamualaikum.....

Ceh...tetiba bagi salam lak ari ni.
oklah tu...
berubah tuk lebih baik kan...


Selamat datang ke bulan Jun.

Tau ke apa yang ada pada bulan Jun ni....???

Pada bulan nilah seorang ibu telah berhempas pulas tuk melahirkan seorang srikandi...
yang pada hari ini sangat comel dan cute....hik hik hik.. (perasan sikit pe salahnye...)

Hepi bufday to me....



Actually .....
hari ini hari yang elok untuk aku sambut hari ibu sebenarnya...
sebab....
hari ini aku telah berjaya dilahirkan ke dunia ini...
terima kasih Tuhan...
terima kasih ibu......


tapi...
memandangkan ibuku sudah tiada di sisiku...
aku tetap menyambutnya...
dengan menghadiahkan al-fatihah untuknya....
kerana beliau tetap di hatiku....



oklah.
xmo sedey².....

pape pon...
bulan ni tuk kaum bapa juga.

bila ya...???
tak kisahlah....
yang penting...
Selamat Hari Bapa...
untuk insan jejaka yang pernah dan sedang dan akan bergelar bapa...
terutama ayahku sendiri...
kerana berjaya mendidikku menjadi seorang insan yang boleh dikagumi ...
Insya Allah...




tuk kawan²...
thanks a lot kerana tidak pernah menyesal mengenaliku...
Insya Allah...ade rezeki....doakan aku tuk bertemu jodohku...

AMIN.......




p/s : ada kawan² yang tarikh bufday sama ngan aku tak..??? kte celebrate same ye... :-)

Sunday, June 5, 2011

Ya, cik....boleh saya tolong...???



Ke hadapan para pelanggan yang dihormati dan dikasihi,

tidak kisah siapa anda
tetapi coretan ini adalah khas untuk anda yang pernah bergelar pelanggan...


tidak kira sehebat mana pon anda...
anda juga pernah membuat kesilapan sama seperti saya...

tidak kira setinggi mana pon darjat anda...
anda juga pernah mempunyai hati dan perasaan sama seperti saya...

justeru,

mengapa perlu bersikap seolah² anda terlalu gah dan hebat
adakah maruah anda akan jatuh jika anda sedikit bersopan dengan saya?
adakah anda akan dikatakan pondan jika melembutkan suara dengan saya?

tidak salah untuk bersopan santun di mana pon anda berurusan
tidak salah untuk bersabar jika pelayan seperti saya agak lembap membuat kerja
tidak salah jika anda tidak menengking saya di hadapan orang ramai jika ingin marah


hati saya mudah tersentuh
walaupun saya tau hari ini saya akan dimarahi
esok mungkin akan kene marah lagi
kalau hari ini saya menangis kerana kena marah
esok mungkin saya akan menangis lagi
mungkin lusa air mata saya akan menitis lagi


tapi...

saya takut

lama kelamaan...hormat saya pada anda semakin kurang
sopan saya semakin jauh
santun saya makin tenggelam

suatu hari nanti..mungkin anda pula yang akan menangis kerana kena marah dengan saya..

cuma satu yang kita semua kene ingat...


kita mungkin akan menjadi pelanggan pada hari ini ....
tapi tak mustahil kita akan menjadi pelayan pada hari esok...


rujukan: pelanggan --> orang yang menerima khidmat (mungkin anda...mungkin saya)
pelayan --> orang yang memberi khidmat (iaitu saya...dan mungkin anda juga)


siapa saya...???

PEKERJA KEDAI MAKAN
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
OPERATOR TELEFON
PEKERJA SALUN KECANTIKAN
JURUJUAL


DAN SESIAPA SAHAJA YANG MEMBERI KHIDMAT KEPADA ANDA........



p/s: anda hebat??? Allah lagi hebat tau!!!!!! Sebab Dia adalah pelanggan yang paling hebat!!!!