Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Wednesday, September 19, 2012

Dia dan dia



lama tak meng'update' blog ni. malas. xdok idea. kekeringan dah. keje banyak skarang. 
nak cakap pasal apa ye..???

soal jodoh boleh???

ikhlas di hati aku akui, aku tak pernah ber'couple'. kalau ada yang steady pun tak pernah 'declare' pun.
tapi, bila seseorang mula menunjukkan rasa sayang, hati ini sangat girang. seronok bila disayangi. ada yang bawa ke mana kita nak pergi, belanja makan, dapat hadiah terutama pada harijadi.
lama kelamaan kita lupa yang perhubungan yang terjalin itu ada yang tidak merestui..iaitu Allah.
aku seronok sangat sampai aku lupa apa yang aku buat merupakan bekal untuk ke neraka jahanam!!!

akhirnya bila tiba saatnya Dia memberi peringatan kepadaku. kerana Dia sangat sayangkan aku. dan Dia juga tau aku sentiasa mengingati-Nya cuma aku terleka sekejap. lalu...satu demi satu keburukan si dia terbongkar. namun dek kerana masih menyayangi..aku pejamkan mata. mungkin ini salah satu daripada ujian-Nya.

namun akhirnya hatiku semakin jelas. doa yang tidak pernah putus kutitipkan untuk dia dari Dia. namun Dia memudahkan jalanku yang semakin sukar. mungkin kerana Dia ingin aku bertemu dengan orang yang lebih baik. sesungguhnya cinta untuk dia itu sangat mudah didapati tapi tanpa restu Dia sukar untuk melekat di hatiku.

aku tidak akan berhenti berdoa agar dipertemukan dengan khalifah pilihan Dia yang telah ditakdirkan. siapa pun dia itulah pilihan Dia untukku...

p/s : bila perhubungan itu tidak diberkati, hati seolah² tidak menerima dengan setulus hati. istikarahlah.