Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Saturday, August 21, 2010

Ku Memohon Padamu

Tersepit di antara dua cinta.....
Kau memberikan ku satu harapan...
Kini kau menghancurkan segalanya.....
Dia antara kita....

Ku merelakan semua yang berlaku....
Kau mencintai dan menyakitiku....
Kini ku redha dengan segalanya....
Tuhan yang menentu....

Ya Tuhanku...
Teguhkan rasa cinta padamu....
Ya Tuhanku...
Pinjamkan aku kekuatan darimu...
Ku Memohon Padamu...



OST EPILOG SYURGA CINTA

p/s: macam terkena ngan aku je lagu nih...huh

Tuesday, August 10, 2010

Terima kasih Ya Tuhan

sayu sungguh hati ini...tatkala bergema bunyi bedilan petang tadi...
itu menandakan esok semua warga Islam akan memulakan salah satu daripada ibadah mereka.....BERPUASA.

hati kecil ini terasa sedih....mengenangkan orang yang tersayang....nun jauh di sana.
sudah masuk 6 thn....berpuasa tanpanya....

hati ini sebenarnya sedang terluka....
mengenangkan kisah yang sentiasa berulang2....
pisang tidak lagi 2 kali berbuah...tetapi berkali2...
entah di mana silapku...

akukah yang salah...??
akukah yang bodoh...???
akukah yang terlalu mengikut kehendaknya...???
sehinggakan hati ini sentiasa dilukai...dan terus dilukai....

apa dosaku...??
ampunkan aku andai benar aku membuat kesilapan...


Tuhan ingin benar menduga aku tatkala kita semua meniti bulan mulia...
aku berharap semoga bulan ini dapat membuat aku sentiasa tabah...
tabah dalam menghadapi dugaan hidup...

atau senandainya...aku tidak layak untuk menikmati kebahagian yang sebenarnya....
hanya ditakdirkan untuk menitis air mata....

aku penat...
aku letih....
sentiasa dirudung kekecewaan...
sehinggakan takut untuk menerima kegembiraan lagi....



Tuhanku....
andai benar ini takdirmu...
aku terima...
terima dengan penuh kepasrahan...
semoga engkau sentiasa menguatkan keimananku terhadapMu....
sentiasa ingat padaMu...
sentiasa berwaspada.....dalam mengenali orang di sekelilingku...
biarlah aku tidak akan memiliki cinta dunia...
asalkan aku dapat memiliki cinta sejati dariMu


terima kasih Ya Tuhan....kerana sentiasa mempermudahkan aku...
mungkin ini yang terbaik untukku...
aku redha walau hati ini remuk sekali pun...
asalkan aku mendapat kebaikan untuk hari2 esok...

terima kasih Ya Tuhan......

Saturday, August 7, 2010

WHY MUSLIM....????

whymuslim

Sila baca ini. Terima kasih kepada Aries sebab hantar email. Sangat bagus.

whymuslim

whymuslim

whymuslim

whymuslim

whymuslim

whymuslim

whymuslim

whymuslim

whymuslim

whymuslim

whymuslim

whymuslim

Sunday, August 1, 2010

Mencari cinta yang hilang

"Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya."

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih... lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.

Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat
membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.

"Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini"


dicedok dari note Izatul Akma:facebook