Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Sunday, April 25, 2010

Mmmmm.... betul tu

Baru abis tengok movie..."Someone like you".
best gak citer tu.

jane bercerita kpd audiennye...
" dulu saya anggap manusia ni sama ngan haiwan. namun sebenarnya bru saya terfikir...kdang2 betul jugak...sama ngan haiwan...
tapi kadang2 ..tidak.
bila kita buka pintu...pintu rumah, pintu hospital, pintu bilik....
kita dapati lelaki itu...masih berada bersama dengan kita.
dalam keadaan yang serba serbi tak kena... kusut masai...penuh ngan masalah...
tapi dia masih boleh berkata...tiada perempuan yang lebih cantik berbanding kamu..."

kita penat mencari cinta sejati. merata kita terokai.
kekasih lama kita cari kembali. kita rasa hati kita masih padanya...
tapi kita lupa orang yang ada di depan mata...
sentiasa membantu kita.
sentiasa mendorong kita... menangis bersama kita.
itulah cinta yang kita cari selama ini.....




lucky i'm in love with my best friend
lucky to have been where i have been


semua wanita berharap agar kawan baik dapat jadi suaminya
dan semua lelaki berharap isterinya dapat menjadi kawan baiknya

Friday, April 23, 2010

aku mencari....

sebut pasal jodoh... aku serahkan je ada pada Yang Berkuasa.... Yang Maha Mengetahui.


tapi kadang2... ada juga rasa di hati nak mencari seseorang yang betul2 kita suka. bukan nak rembat je sape2 yang masuk jarum.

kalau boleh.... aku nak seorang lelaki yang

----boleh berkongsi masalah ngan aku
----boleh diceritakan masalah aku di ofis ke, rumah ke
----boleh ajak aku makan bila2 masa
----boleh diajak makan ketika aku lapar
----boleh mintak duit msa aku tgh kering giler
----boleh menyusahkan diri untukku... ke mana aku nak gie dia leh hntr
----tahan ngan perangaiku yang macam2



ya Allah.... ketemukan aku ngan seorang lelaki yang

----tinggi ilmu agamanya dari aku
----baik pendidikannya lebih dari aku
----hartanya melebihi hartaku
----rupanya indah di mataku...

demand sangat ke aku nih. ada ke org camtu lam dunia ni.

entahlah. kadang2 takut untuk menerima sesiapa dalam hidupku ini.... takut dia tak tahan denganku, bosan dengan perangaiku, penat melayan karenahku....




semoga Allah mendengar rintihanku ini....


p/s: biarlah kekurangannnya dapat ku atasi dengan kelebihanku...dan kelebihannya dapat mengatasi kekuranganku.....amin

Tuesday, April 20, 2010

Hati bersuara

B....

I/ll respect you as a HUBBY...
N i'll treat you like a BABY....



dis 4 those who'll be my hubby....

Dapat Kerja Baru

Assalamualaikum. lama x dengor citer. chat ke blake??? bagus...bagus...

Aku?? macam nilah... pagi2 gie keje. petang balik keje. malam ..tido.


tapi... skarang aku dah dapat keje baru. gaji...ntah. aku x kira lak.
keje apa??? hehehe



tarang!!!! skarang ni asal malam je keje aku goreng keropok keping. packing singgit2. pagi2 lak aku goreng karipap segera. sebiji 40 sen tapi kalau singgit...3 biji. murah x??? ok r kan....

kalau korang nak tempah karipap segera pun boleh...

inti daging/ikan. sebungkus...4.oo je.
keropok lak...sekilo 16.00
aku x jual mahal2. murah je aku kasi. barang baik nih.



sempat lagi promosi tu....
nything..call me

Wednesday, April 14, 2010

Ntahlah orang jantan nih

Allo... ohayo...
Lama tol x merepek. bz skit. 2 hari berkursus. baru abih ni.
adalah masa nak membebel kejap.


kadang2 aku tak faham ngan perangai orang laki ni.
yelah.... masa dia mula2 nak berkenalan tu biasa la kan.
pas 2... bila dah kawan mula wat perangai.


kalau jumpa ngan orang kaya, bijak, pandai...
"saya tak sesuai la kawan ngan awak ni... saya kaya... masuk u mesti nak kawan ngan pompuan yang setaraf. awak miskin. walaupun masuk u tapi kerani je. apa kelas???


kalau jumpa ngan yang miskin pulak....
" saya tak layak kawan ngan awak ni... awak masuk u, pandai... saya ni orang kampung, tak bijak, sekolah pun setakat spm je...tu pun tak pass. keje tukang umah je. mana padan ngan awak...



so???

adakah salah aku orang perempuan kerana dilahirkan miskin?
atau salah aku kerana masuk u??
atau salah aku kerana tak dapat jadi pegawai? cikgu? kerja yang bergaji tinggi??
salah aku ke???



ntahlah. kalau sume lelaki demand sangat... korang tak payah berbini la.
duk dalam utan kawan ngan monyet. lagi bagus kot.






p/s: tak harapkan yang hebat sangat... cukuplah yang terbaik untuk kita...

Saturday, April 10, 2010

Kisah Bulat dan Panjang

Ada satu citer yang nak aku ceritakan. Kisah si panjang dan si bulat. Watak ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup, yang koma, yang pengsan atau yang m**i.... ok???



maka tersebutlah kisah suatu ketika dahulu kala. si panjang dan si bulat diberi gelaran (bukan nama sebenar).
bulat tu sang gadis manakala panjang tu si jejaka.



mereka terjumpa dalam satu majlis yang tidak dirancangkan pon. Si bulat ni comel orangnya tapi tembam skit manakala si panjang ni tinggi lampai. terlalu tinggi kalau nak dibandingkan dengan lelaki lain la.



masalahnya sekarang... mereka ni pantang berjumpa. ada je yang tak kena. suka benor bergaduh. kadang2 perkara kecik pun mereka besar2kan.


alkisahnya bermula apabila si jejaka ni suka mengacau sang gadis.
sang gadis ni mula menyampah. dia selalu sangat panggil dengan gelaran bulat.
skit2 bulat... skit bulat.
sang gadis ni geram dia panggil si jejaka tu dengan gelaran panjang. PANJANG! PANJANG!
sesuai benor la... BULAT ngan PANJANG.





bila dah selalu bergaduh.... mereka selalu kena usik oleh kawan2.

"diorang ni suka sangat bergaduh... nanti kan kawen baru tau"



" apa? kawen ngan bulat ni? xmau aku. nanti kena tempah katil besar sebab tak muat"

"apa pulak... aku takut kena tempah khas katil panjang sebab tak muat kaki terlebih"




kah kah kah.... diorang ni selalu buat kawan2 pecah perut.





lama kelamaan pergaduhan mereka mula berkembang mekar menjadi hubungan yang baik. mereka mula intim seolah2 sedang bercinta. setiap hari si jejaka akan menelefon atau sms sang gadis yang dirinduinya.


suatu hari... "kalau abg suruh ayang tunggu abg, ayang sanggup tunggu tak?"

sang gadis yang risau akan berlaku pisang berbuah 2 kali ragu2 untuk menjawab soalan jejaka tersebut. dia yang pernah ditinggalkan kekasih hati satu ketika dulu kemudian ditinggal oleh kedua ibu bapanya risau takut2 dia akan ditinggalkan juga satu hari nanti.


"insya Allah jika ada jodoh antara kita".
sang gadis masih belum yakin dengan hubungan mereka. dia x mau beri harapa 100% kepada hubungan itu.


mungkin si jejaka tidak puas hati dengan jawapan itu.



lama kelamaan hubungan mereka menjadi renggang dek kerana ada orang ketiga yang tidak menyukai hubungan mereka. oleh sebab tidak mahu mencetuskan masalah, sang gadis mengundurkan diri menyebabkan si jejaka kecewa dengan tindakan itu.
lalu hubungan mereka semakin jauh.




namun, mungkin kerana jodoh mereka masih kuat, mereka masih dipertemukan. lama kelamaan mereka berbaik semula, namun tidak seintim dahulu. si bulat mula perasan yang abang panjangnya itu ialah kaki perempuan. dia bersyukur kerana tidak masuk dalam genggaman lelaki itu.




dalam majlis perkahwinan adiknya, sang gadis itu menghadirinya. dia pergi lebih awak untuk membantu keluarga pengantin. dia sudah biasa dengan keluarga si jejaka itu.

ada cerita lain pulak timbul... pengantin lelaki iaitu adik si jejaka itu.... mula berkenan pada sang gadis. siap berjanji akan kawen ngan dia pulak tu...

gila betul la. pengantin gila. abang gila. satu keluarga gila agaknnya.






sekarang mereka sudah lama tidak bertemu. masing2 jauh selepas sang gadis graduate.
alhamdulillah... walaupun kadang2 si jejaka ada menelefon sang gadis bulatnya itu... tapi hubungan mereka sudah tiada kemanisannya. sang gadis pun sudah tidak mau ambil hal lagi pasal kekasih panjangnya suatu ketika dahulu.




mungkin tiada jodoh antara mereka. alhamdulillah. perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. jangan cari pasal dengan lelaki seperti itu... walaupun ada sekelumit kasih sayang dalam dirinya....








ni untuk aku








ni untuk kau







Sekian... citer aku.
Nanti kalau ada sambungan... aku citer balik...



ADIOS!!!!



p/s: tak semestinya bila kte selalu gaduh ngan seseorang tu kita akan jumpa jodoh ngan dia....
makan kobis lagi best

Friday, April 9, 2010

Appreciate it


Baru-baru ni ada la sorang mamat ni nak berkenalan ngan aku.
So... aku terima jelah.
rupa2nya baru aku ingat... aku pernah kenal dia masa gie kem suatu ketika dulu.
nama dia pon aku tak tau... nampak cam baik.
masa di kem, kalau tak silap, dia ketua kumpulan dia.
masa tu aku kumpulan lain.
lepas kami balik kem... ada yang still keep in touch via facebook.
tapi dia ni baru je muncul setelah sekian lama.
katanya baru create... kot. baru masuk internet katakan.




ok. aku pon kamcing la ngan dia.
ari2 sms aku... kadang2 col. mcm boyfren la pulak.
dah dia baik... x kisah lah skolah tak tinggi ke... tak keje hebat2 ke... ada aku kesah.
bagi aku kalau dia ikhlas... dan ditakdirkan dia nie jodoh aku... insya Allah aku terima.








aku sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan lelaki yang baik.
mungkin yang lebih baik dari sebelum2 ni.
dah terlalu ramai lelaki yang aku kenal. tapi mungkin belum jodoh kot.
nak kata aku ni memilih.... mungkin jugak.
tak salah memilih kan. kita bukan nak hidup dengannya sehari dua.
kalau boleh sepanjang hayat beb...
aku berharap dapat bertemu jodoh dengan lelaki yang....
baik dari segi rupanya (tak ensem sangat pon takpe... asal sedap mata memandang)
baik dari segi hartanya (takyah la milinionaire... cukup dapat bagi aku makan je)
baik dari segi perangainya (xlah perfect sangat)
baik dari segi kerjanya (jangan penganggur sudah... asal keje yang halal)
dan yang paling penting .... baik dari segi agamanya... (xlah sampai jadi imam masjid/bilal...
cukup la dia mampu mengimamkan aku di rumah)
tu je yang aku harapkan....
di samping.... baik, tanggungjawab... n mcm2 la.. sume nak yang baik kan...





berbalik pada kisah mamat nie.
aku tak tau dia ni macam mana.
yang aku tahu dia sekolah tak tinggi kot. gayat agaknya.
aku x pasti lah... itu yang dia bgtau kat aku.
tak kisah lah... tu dia punya pasal.
yang menjadi masalah ngan aku..... bila facebook dia suka chat ngan aku... itu ok lah.
tapi bahasa dia aku tak berapa nak faham.
dia orang tganu tp speaking cam kl.
kalau dia taip.... kadang2 bersambung2.
kadang2 short form dia aku x berapa nak faham.
tu yang kdang2 aku iyakan saja... padahal aku tak faham pon.
susah sangat ke nak taip elok2....
kawan2 aku ok je. kadang2 kitorang berfacebook guna loghat tganu.
lantaklah orang luar nak faham ke x. yang penting kami faham.





al-kisahnya... malam tadi kami chating via facebook.
lepas tu ntah pape yang dia taip aku x faham.
kadang2 silap huruf... kadang2 xde titik.... main sambung je.
aku pon gtau la dia. aku ckp aku x berapa faham apa yang dia taip tu.
last2 korang tau.... dia cakap dia tau lah...dia skolah tak tinggi...bodohlah...apalah.
Macam2 ada.
aku tak bermaksud nak bagi dia terasa.
aku cuma bagitau... apa yang terbuku dalam hati aku nih
salah ke????
salah????
tak salah kan????


lepas aku offline... aku pon nak tido lah.
lepas tu dia sms aku... dahlah guna no. lain. no. sape tah.
dia mengarut macam2... kte dia budak bodoh la apalah.
dahlah aku tak berapa nak faham.
senang citer... aku mintak maaf kalau dia terasa hati.
tapi dia cakap...
" saya tak skolah tinggi...kita tak setaraf... saya harap awk faham"
tu maknanya dia dah tak nak kawan ngan aku la tu.
senang je aku jawab..."ok, lepas ni jangan sms saya lagi"
TITIK.



malas aku nak layan ngan perangai orang yang macam2 ni.
aku tau... sebenarnya dia dah tak nak kawan ngan aku kot.
dah ada awek baru la tu.... perangai orang laki bukan aku tak tau.
aku dah masak sangat la... dah macam2 orang ak pernah kenal.
tak ada effect pon kalau dia tak nak kawan ngan aku.
aku kawan ngan orang lain2.
kawan2 dia ada gak yang kawan ngan aku.
xpe lah.... you tak nak kawan ngan I sudahhhh.... I kawan ngan orang utan kat hutan sepilok tu....




mungkin benar katanya... kami tak setaraf.
mungkin dia lebih kaya dari aku.
yelah... aku ni yatim piatu piata.
harta pon xde. keje pon makan gaji je.
cukup bulan bayar hutang.
dia xpe... bisnessman. duit masyuuuukk je.
xyah berhutang. ptptn xyah bayar.
jadi betullah kami tak setaraf. ntah2 dia ...... ish. tak baik kata kat orang kan.
niway... aku doakan kawan2 aku sume berjaya.
sentiasa bahagia dan hidup dalam barakahnya.
AMINNNN....



dia yang hulurkan salam perkenalan dulu... dan dialah yang memutuskannya.
mungkin kami xde jodoh agaknya.
aku pon dah makin serik untuk jalinkan hubungan yang baru.
semoga aku akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik lepas ni...
insya Allah


'aku tak mengharapkan kasih sehebat Rasulullah pada Khadijah'
'aku tak mendambakan cinta setulus Yusof pada Zulaikha'
'aku tak dahagakan pengorbanan seperti Shah Jehan pada Mumtaz'

aku cuma berdoa mendapat kasih sayang dari seorang lelaki yang dapat
menerimaku seadanya aku...
menghargaiku sepanjang hidupnya... membetulkan kekurangaku dengan kelebihannya...
dan menerima kelebihanku dengan kekurangannya...
menyusahkan dirinya untukku...
serta menemaniku di hari tuaku...









ADA KE????



p/s: awak dah lukakan hati saya.... sekali ludah takkan jilat balik.
tapi prinsip hidup saya... sekali berkawan kekal sepanjang hayat.

Monday, April 5, 2010

jika itu takdirnya....




semalam.... lepas lunch...odw nak balik ofis...aku dapat satu panggilan yang mengejutkan.




"helo, angah dah xde"
"angah mana???"
"angah, anak da"
"ya Allah... kenapa? sakit apa"
"eksiden"





lepas solat zuhur.... kak aku amik aku...kitorang bergegas ke Kemaman.


dada aku dup dap... tak sangka sume ni berlaku.
dia masih muda. anaknya masih kecil.
tak tau apa yang akan jadi lepas ni... macam2 muncul dalam kepala ni.




odw nak gie sana... kitorang terserempak ngan satu eksiden.
motosikal terperosok masuk ke bawah kereta.
Ya Allah.... teruknya. tak taulah macam mana penunggang tu...




kami pon teruskan perjalanan.
sampai di sana... jenazah sudah selesai dikebumikan.
lagi pun kami dah lewat sangat.





dari penceritaan yang aku dengar.... cousin aku odw nak gie keje pagi tu.
dia nak u-turn.... kereta dari arah bertentangan meluru laju.
dahlah langgar lampu merah.... terus langgar cousin aku tu.
5 meter dia diheret....
rasanya mati di tempat kejadian.
pemandu kereta tu perempuan- pengsan.
terkejut agaknya.
tak taulah tindakan yang akan diambil...




semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh sepupuku itu...
dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
Amin....


Saturday, April 3, 2010

Unpredictable

pg2 semalam..biasalah...aku gie joging. ngan kakak aku la...sape lagi.
odw nak balik... dapat panggilan tepon...a.ipar eksiden...
nasib baik dia xde apa2.... tp kete la yang sakit.
eksiden tu x teruk sgt... cuma silap sikit je kereta depan.... tapi nak wat camne...
benda nak jadi...
biarlah....
pergi repair... fuh!!! 400 melayang siot!!!
tangki pecah katanya... ketuk2 sikit.
nasib baik la ada kete satu lagi... leh la guna.



dulu... aku masih ngat...
masa mula2 nak beli kete aku tu...
ramai gak yang bangkang... akak aku kat perak plg protes la...
suruh aku simpan duit lu... beli second hand dulu.
aku nie pompuan... kalau pakai kete second... silap2 ada rosak...bukan aku reti repair2 nih.
bnyk gak nak pakai duit kan.... tol tak????



aku percaya... setiap apa yang berlaku.. pasti ada hikmahnya.
bukan aku nak melawan cakap org tua.... tp pasti Allah akan tolong aku jika aku ingin berbuat sesuatu perkara yang membawa kebaikan untukku....dan keluargaku.



aku cuma berharap Allah akan membantuku...menjaga harta yang diamanahkan untukku...
"Ya Allah... Kau bantulah aku... dalam menjaga harta yang telah diamanahkan untukku...
semoga aku akan sentiasa berada di dalam barakahmu...
dan semoga harta bendaku akan Kau pelihara sebagaimana Engkau memeliharaku....
Amin.....




xmo berlagak pandai... xmo jadi minah rempit di jalanan...
semoga sentiasa selamat ke destinasi...♥ ♥ ♥


Thursday, April 1, 2010

Itulah Nikmat Anugerah-Nya



Dah berapa bulan aku batuk. Susah jugak nak baik nie.... tapi sekarang macam dah ok skit...
cuma kadang2 ada la jugak angin kus-kus dia datang.
dah berapa bulan aku batuk ni...aku mengalami kesukaran untuk bercakap dengan orang, kot telefon dan yang paling mustahak... susah nak mengaji (aktiviti saban malam).


selama tekakku bermasalah, kerongkongku buat hal, suaraku tidak kedengaran... aku mengaji perlahan2.
bila mengalunkan ayat2 suci tanpa irama... aku terasa terkilan.
sedih... bila tidak mampu mengalunkan irama yang sedap didengari di telinga sendiri walaupun tidak syahdu di telinga orang lain.
aku tidak gemar mengaji perlahan... biasanya suaraku akan kedengaran hampir segenap bilikku.
tetapi...
bila terjadinya perkara ini... tanpa ku minta ia berlaku... terasa tidak seronok bila melodi ayat2 suci tidak kedengaran... sunyi...sepi.



namun.. bila aku mengaji malam ini... alangkah gembiranya hati ini...
bila aku dapat bermelodi semula... walaupun kekadang tersangkut2..
tapi dapat kudengar di telingaku akan suaraku...


Ya Allah... terima kasih kerana telah kembalikan anugerahmu yang tidak terhingga ini.
walapun tidak begitu kuat dapat kualunkan...tapi aku bersyukur.
sekurang2 ketiadaannya tidak begitu lama.
aku tidak akan tinggalkan amalanku...walaupun apapun dugaan yang mendatang.
aku tau setiap ujian dari-Nya ada hikmahnya.
aku lebih mengargai alunan Al-Quran itu sekarang.
walaupun siksanya rasa bila suara dikeluarkan...tapi aku tak kisah.
yang penting aku dapat lakukannya....akan terus lakukannya...sampai bila2...
Insya Allah....






p/s: tak mengapa jika tidak menjadi qariah qlamor di dunia selebriti...tapi menjadi pembaca tegar setiap hari untuk tatapan-Nya... terkenal di sana....

Hakikatnya ku terima




2 3 hari baru ni aku dalam kebengongan...
bukan sebab putus cinta ke.. putus kasih ke... org meninggal ke...
setelah big bos aku meninggal 2 bulan lebih yang lepas, aku ketiadaan bos...
walaupun sebenarnya dah lama dia bercuti kerana sakit.
mulanya kami sume sangka yang dia akan kembali bertugas... kerana memandangkan kesihatan yang semakin baik.
rupa2nya itu petanda yang dia akan meninggalkan kami buat selama2nya....



now.
dengar ura2... kami akan dapat bos baru..perempuan.
aku pon baik ngan dia. dia seorang yang smart... smart thinking, smart working, smart action...
aku suka cara dia bekerja, berbicara... lembut dalam tegas, tegas dalam lembut...
ada sifat keibuan di samping kepimpinannya.




namun... apa yang aku sangkakan tidak menjadi kenyataan. dia tidak akan menjadi ketuaku tetapi department lain... aku kecewa.
ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.... rakan sekerja yang lebih senior daripadaku (boleh aku anggap seperti ayah @ abang- tak tua dan tak muda)... ditukarkan ke department lain...
digantikan dengan orang lain... yang lebih muda, lebih kelam kabut, lebih kecoh sebenarnya.
walaupun aku baik dengan dia... tapi aku kenal perangainya....



Setelah mendengar desas-desus dari akak2 senior....barulah aku tau citer sebenarnya.
deparmentku dengan deparment lain akan bergabung menjadi seperti suatu ketika dahulu yang telah dipisahkan.
kami akan berkongsi ketua... walaupun lelaki tetapi masih kurasa berkewibawaan...



akhirnya aku menerima kenyataan ini walaupun tidak seperti yang kuharapkan.
tetapi aku pasrah. inilah politik jabatan kerajaan... bertukar tempat tanpa dijangka.
aku sendiri pun telah bertukar department... walaupun baru 5 bulan bekerja di situ.


Insya Allah... aku akan berusaha dengan lebih gigih.
walau siapa pun ketuaku... walau siapa pun rakan sekerjaku...
aku akan mengejar kejayaan.
siapa tau.. dengan semangat darah mudaku...usaha kerasku... kecekapanku...
mungkin akan membuka mata pihak atasan dan mungkin aku akan mengisi kekosongan pegawai suatu hari nanti... berkat doa dan tawakalku serta usahaku... Allah akan membantuku.




bos! sain kat sini.... time kacih....