Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Monday, December 28, 2015

Adik abang long



Assalamualaikum. w.b.t

hari ni dah masuk hari ketiga aku mula bekerja.  cuti 2 bulan.  berpantang.  anak ke-2.

alhamdulillah, semua sihat dan kuat.  adik abang long ni lain sikit lagaknya berbanding abang long.  lebih montel.  lebih aktif.  lebih-lebih jugaklah manjanya. namun mudah untuk menjaganya; seperti abangnya juga. 

belanja gambarnya sekeping dua;



Sama tak dua beradik?  :-)

Tuesday, April 21, 2015

Happy Birthday To You.....


Sudah setahun!!! Yeayyy!!!!

alhamdulillah..menginjak ke umur setahun. pelbagai karenah dan omelan telah dipertontokan oleh beliau.  alhamdulillah, sentiasa sihat dan cergas. walaupun masih belum berjalan, tidak pernah merangkak, berjulur..tapi itulah ketentuannya. masa silam memberi kesan kepada perkembangannya, namun beliau menunjukkan peningkatan walaupun agak perlahan.

aku dan asben dah berpakat. akhirnya kami pun beli walker untuk beliau. alhamdulillah. nampak perkembangan positif. beliau mula heret dada. kaki pun galak je nak berjalan walaupun tak stabil.




comel tak beliau? bantal tu cousin dia lah yang beri.

semoga semakin meningkat dari hari ke hari.  
-Doa seorang Ibu-

kekadang terasa jugak bila ada yang membandingkan dengan budak² lain yang sebaya dengannya tapi sudah boleh berlari. kalau mereka boleh memahami alangkah indah. tapi itulah lumrah alam. kita takkan tau kalau kita tak rasa.

tapi tak perlu nak terasa sangat lah kalau hati ini kuat berpegang kepada takdir Allah. anak ni pun milik Dia. Dia bagi pinjam sekejap ni pun mujur. kita nak claim macam² pulak. so, yang penting perlu bersyukur.



Happy Birthday sayang. Semoga menjadi anak yang baik, insan yang terpuji, hamba yang bersyukur. kerana Ahmad Syakir Zikri adalah Pengenang Budi yang sentiasa mengingati dan terpuji.
Insya Allah.

Tunggu kedatangan adikmu sayang....

p/s: cukuplah Allah itu Tuhanku, nikmat yang diberi tidak pernah kurang. sentiasa lebih. siapa engkau untuk menidakkannya?

Monday, August 25, 2014

.ahli baru.


Assalamualaikum.. W.B.T

untuk kesekian lamanya tidak berkarya, akhirnya saya yang dulunya solo, dah bertukar menjadi suri, sekarang upgrage menjadi bonda.

alhamdulillah, hidup menjadi semakin bermakna dan ceria. ada teman baru. ada penyeri hidup. belum perkenalkan lagi suranya, saya perkenalkan sekali anak suranya.

meet my rumet...





masa ni dah bergelar bapak..

yang comey momey tu anak dia. anak saya jugak.
tunjuk gambar kawen sket biarpun sudah setahun berlalu..









dah setahun. tapi masih belajar mengenali dan menyintai lagi menyayangi...fuhhh..haha.

also, meet our bodyguard...







doakan kami bahagia selalu. sekian bebelan bondazikri...

Tuesday, October 29, 2013

Benar rezeki itu dari-Nya



assalamualaikum...

alhamdulillah...syukur di atas nikmatnya..setelah berjaya berumah tangga, akhirnya Allah makbulkan jua hasratku untuk bergelar seorang ibu. insya allah, tahun depan akan bertambah lagi seorang hamba Allah di muka bumi ini.

namun, dalam ke'excited'an kami laki bini untuk menerima ahli baru, lahir pula kegusaran tentang simpanan untuk anak nanti sebab terlalu banyak musaqah yang menimpa.
-tayar kereta bocor (laki punye)
-bateri tukar baru (bini punye)
-servis kereta (laki bini punye)
-insurans kereta (laki bini punye)

semua disebabkan kereta. kami x beli baju baru xpe, sebab nak simpan untuk anak nanti. yelah, first time...xtau banyak mana yang diperlukan untuk keperluan.

laki :  abang risau lah..simpanan makin sikit ni. dang x tuk baby kte nanti??
bini : jangan risau la bang.. dang la tu kte simpan skit² ni. anak ni kang rezeki dari-Nya, jadi adalah     tu  Dia akan bagi kekgi...
laki : abang takut xdang je. dahlah insurans kereta abang dekat ngan due date baby kite ni..
bini : Insya Allah bang. kte simpan skit² sementara ni. selebihnya kita bertawakal pada Allah, ok? donwori... :)

si bini pon dalam duk sejukkan hati laki dia, dia pon risau jugak. tapi xmo la tunjuk sangat.

namun benarlah Allah punya kuasa...arini dapat surat

Tahniah! Puan telah dipilih sebagai penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2013.

Alhamdulillah...ada rezeki untuk anak nanti...
boleh lah berbelanja untuk si dia nanti. bapak si dia pon aci...

p/s: jika Allah telah janjikan rezeki, percayalah akan ada rezeki itu nanti. cuma cepat ngan lambatnya. dan rezeki itu dari-Nya untuk hambanya. kalau Dia xmo bagi, maka itu hakNya...
sebagai hamba, jangan berhenti meminta ya...dan menurut perintahNya... :-)

Wednesday, September 4, 2013

.aku seorang pendosa.


anak-anakku...

aku bersyukur kerana akhirnya kalian membesar di hadapanku menjadi insan yang berjaya, cantik, dan seolah² sempurna kejadiannya. aku bersyukur di atas pahit getir aku membesarkanmu menjadi seorang manusia yang berjaya. namun, setelah kalian semakin dewasa dengan usia kalian, kalian sudah semakin berani dan lantang dengan suara kalian yang mungkin lebih tinggi daripadaku..

anak-anakku..

aku sedar, mungkin aku pernah melakukan dosa, dosa kepada Allah, dosa kepada masyarakat, dan juga dosa kepada kalian. aku tau perbuatanku memang tidak boleh dimaafkan oleh kalian sebagai seorang anak. namun, siapakah kalian untuk menghukumiku sedangkan Allah itu lebih berkuasa untuk menjadi pengadil.

anak-anakku...

aku sedar, dosaku terhadap kalian tidak mampu dimaafkan. tapi, perlukan kalian membenciku sehingga sebegitu rupa.. lupakah kalian akan perit getirku saat aku membesarkan kalian sehingga cantik sebegini. lupakah kalian yang aku tidak pernah berhenti berusaha untuk mencari bukan setakat sesuap nasi untuk kalian, bahkan mungkin lebih dari itu. lupakah kalian akan kepenatanku menjaga kalian sewaktu kalian demam, sakit dan bermacam karenah sewaktu kalian masih merah dulu...
benar, itu adalah tanggungjawabku sebagai orang tua kalian, tapi tidak bolehkah kalian menghargai sedikit kebaikan dan usaha yang pernah aku lakukan untuk kalian sewaktu ketika dulu..

adakah jika kalian sudah besar sebegini, kalian tidak perlu menghormatiku lagi. adakah kalian yang sudah mengenali dunia, tidak perlu lagi menganggap aku ini sesuatu dalam diri kalian. adakah benar begitu? hanya kerana aku berdosa kepada kalian?

anak-anakku...

jika aku sudah tiada di sisimu lagi selepas ini, adakah kalian akan sentiasa mengingatiku sebagai orang tuamu? atau kalian buang terus namaku dari sudut hati kalian hanya kerana dosa yang aku lakukan..
ataupun, kalian akan menghargaiku selepas ketiadaanku nanti?
akan ingatkah kalian kepadaku bila menjelang bulan puasa?
akan ingatkan kalian kepadaku bila takbir raya mula berkumandang?

anak-anakku..

sehingga hari ini, aku masih bernafas..
jika kalian masih menganggap aku ini adalah seseorang yang penting dalam hidup kalian, peluklah aku dan izinkan aku mengucup dahi kalian. 
jika kalian masih mampu untuk menyayangiku, izinkan aku untuk terus menyayangiku...

tentang dosaku...maafkanlah aku. mungkin itu adalah kekhilafanku terhadap kalian. usah kalian bimbang, biarlah Allah lakukan kerjanya. 
jangan biarkan dendam kesumat merebak menjadi barah dalam hati kalian. bila ia pecah, semua ubat sudah tidak berguna lagi...dan ingatlah bahawa kalian akan mempunyai anak suatu hari nanti....

maafkanlah aku. jangan benci aku. ingat Allah selalu...

Wednesday, April 17, 2013

Address plz..???


Assalamualaikum.w.b.t

Hampir sebulan lagi tuk bertukar status.mulakan dengan edaran kad.tapi tak mulakan lagi.bila aku mintak address, ramai yang suruh invite via facebook.

hmmmm..

sori. i am old skul minded.bagi aku facebook hanya medium tuk searching frens, sharing info, chatting².ok cukup.nak ucap besday aku malas.tuk lebih ikhlas aku suka sms ucapan tu.same thing with kad jemputan.aku lebih suka hantar kad tu, sama ada pos ke, byhand ke, atau pun sms je ajakan tu.

sebab...kad yang diterima adalah khas tuk kita.kalau facebook ni terlalu umum.seolah² sape² pon leh join walaupun kita dah add invited person.satu lagi frens dalam facebook tu pon bukan semua close friends kan?kadang² ada yang kita add tanpa mengenali betul² siapa orang tu.mungkin kenal² gitu je. takkan nak jemput 1000 frens kita dalam facebook kan?kan?

so, maafkan aku.aku tetap dengan old skul mindedku..
tapi x kesahpon dengan cara orang lain.cuma biasanya kalau aku x terima kad, aku x pergi.kecuali orang tu pm @ sms pulak lepas tu. nampak lebih ikhlas.

orang nak cakap pe, cakap la.

p/s : sesekali gunakan cara lama walaupun tidak ketinggalan dengan teknologi baru.kalau kita tak guna cara lama skali skala, apa jadi ngan generasi kita nanti???

Saturday, March 9, 2013

Tuhan, jagakan dia untukku


Bissmillahirrahmanirrahim...

entry pertama selepas bertukar status 'in a relationship'. hehehe.
suara hati puteri ni dah lama tak mengeluh sejak dah ada yang punye ni...walaupun tak sah! lagi..tapi bila rasa diri ini disayangi oleh somebody - ehem ehem....kekunci ini dah malas nak membebel.
namun. bila berjauhan, sukar bertemu, bukan rindu yang ingin ku'highlight'kan tapi bila ada berlaku sesuatu, aku tak dapat membantu.

bagaimana perjalanan hidupnya, bagaimana perjalanan hatinya, bagaimana perjalanan imannya.
kalau ada di depan mata sekali pun, jika belum dimiliki juga sukar untukku duga laut itu berapa dalamnya.

justeru, kuserahkan pada Empunyanya-Maha Esa untuk menjaganya. jika ada masalah kesihatannya, ubatkan dia untukku. jika ada masalah hatinya, tenangkan dia untukku. jika ada masalah makannya, belanjakanlah dia untukku. doaku sentiasa kuiringkan, namun Kau saja yang boleh perkenankan.

tuhanku, telah engkau takdirkan dia untukku, namun sebelum dia sah menjadi imamku, jagakanlah dia untukku. jaga dirinya dan jaga imannya.

terima kasih tuhan.

p/s : mak ayahku? mereka sudah bersama-Nya. yang lain? mereka ada di sampingku... :-)