Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Sunday, May 20, 2012

Pulangkan...


Duhai lelaki...

duhai lelaki yang tidak pernah mensyukuri...
tidak mensyukuri nikmat-Nya...sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada...
kau ada isteri, tapi ada kau hargainya sebagai isteri???
ada kau sayanginya sebagai kekasihmu???
ada kau membelainya dengan kasih sayang???

kau biarkan syaitan bermaharaja lela di dalam hatimu, di dalam jiwamu..
pernahkah kau cuba menepis kehadirannya dengan doamu? dengan solatmu? dengan ibadatmu?
kau menerima sebulat²nya...sehinggakan kau mengaburi matamu akan kehadiran seorang isteri..
yang saban hari sentiasa bersabar dengan karenahmu...
bersabar dengan omelanmu...
membawa kau berubat merata²...

akhirnya...apa yang kau buat??
kau semakin bersetuju dengan syaitan yang semakin galak denganmu
kau maki isterimu di khalayak...
kau hina isterimu dengan sesuka hatimu

sungguh...kau sudah tidak hormat dirinya sebagai pendampingmu
apa lagi sebagai isterimu
dan kau juga tidak mampu untuk menghormati dirimu sendiri sebagai hamba Allah...

duhai lelaki...
jika itu kehendakmu
jika kau sudah bencikannya
jangan kau seksa batinnya
jangan kau seksa jiwanya..
lepaskanlah dia....
pergilah kau bersama teman laknatmu..
sesungguhnya Allah lebih tahu...

Sunday, May 6, 2012

Ujian..???


masa aku jahil dulu, aku hidup senang. masalah tak pernah hadir. duit banyak. rumah besar. kereta besar. tapi tatkala aku mula ingin berubah. duit mula berkurang. kereta rosak. rumah naik air kalau banjir. situ rosak sini rosak.
 
banyak nye masalah. aku dah buat baik. aku dah bersedekah, tolong orang, hormat orang tua..tapi kenapa makin banyak masalah aku..??

sudah! aku nak kembali seperti dulu! malas buat baik dengan orang. sama je kalau aku buat baik pon. orang lain tak buat baik pon dengan aku!!!!
 
Allah pernah berfirman, (lebih kurang maksudnya)
Adakah benar kamu beriman selagi tidak diuji..???

justeru, jika kita ingin berhijrah tetapi menghadapi pelbagai halangan...adakah kita perlu u-turn balik niat kita untuk menjadi baik???

sebab tu hati kena kuat. benteng kena kemas. teguh. dinding kena paku kuat² kasi melekat. 
kalau kita lemah, sekali angin tiup..habis roboh rumah tangga tingkap kita. 
kuatkanlah hatimu...
jangan kau ubah niatmu walau seinci pun. 
minta tolong dengan penciptamu..


sabarkan hatimu...insya allah...allah akan membantumu..

Tuesday, May 1, 2012

Apabila syaitan berjaya menjelajah hati manusia..



 iman.

itulah kekuatan utama manusia. walau sehebat mana pun ibadat kita, kerajinan kita dalam menghambakan diri pada Allah, kebaikan kita sesama manusia...kalau iman tidak kental, kita tetap akan kalah dengan syaitan.
 
masalah tidak akan pernah lenyap dari diri manusia. sebanyak mana pun harta kita..kalau masalah nak hadir, dia akan hadir. itulah keperluan iman dalam diri untuk menjadi benteng agar diri dapat dilindungi...

semasa manusia dalam kejahilan, syaitan tidak berminat untuk menganggu kerana mereka tahu manusia itu tiada iman. tapi bila manusia itu mula ingin berubah, syaitan mula gusar. mereka ligat menyusun strategi untuk menjatuhkan usaha manusia itu. masa inilah hati manusia kena kuat, tahan diri dari kembali kepada kisah silam.. 


ya allah...kuatkanlah hatiku...
ya allah...teguhkanlah imanku...
ya allah...jauhkanlah kemaksiatan dariku... 

kuatkan..cekalkan...teguhkan. itu adalah antara usaha kita untuk membina benteng diri sendiri. usah harapkan dari orang lain kerana bila bertemu allah...kita hanya keseorangan. mengapa perlu menyalahkan orang lain atas kekhilafan diri sendiri. teman sejiwa hanya dapat membantu tapi diri sendiri yang melaksanakannya.

mereka yang lihat hanya mampu melihat. yang memandang hanya mampu memandang. tiada siapa dapat membantu untuk kita bangun bila kita jatuh. manusia yang belajar adalah mereka yang bangun kembali bila jatuh. tapi jika mereka jatuh kembali ke tempat yang sama berulang kali, itu bermakna mereka tidak pernah belajar. dan jika mereka tidak mahu bangun lagi itu bermakna mereka sudah tidak mahu belajar...

allah sangat berkuasa.
dia tahu akan sesuatu.
sangat tahu.
mengapa itu terjadi..mengapa ini terjadi..
jadi, kepada dialah kita memohon bantuan.
jangan sombong dengannya.
jangan berdendam dengannya.

semoga ada sinar yang sudi memberi cahaya kepada hidup ini setelah jatuh ke dalam kegelapan untuk membantu kita bangun dan terus berdiri dengan gagah.

p/s : sedih melihat saudara sendiri dalam derita namun tidak mampu untuk membantu kecuali berdoa. semoga allah akan memberi yang terbaik buatnya. cekalkan hatimu...