Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Saturday, April 10, 2010

Kisah Bulat dan Panjang

Ada satu citer yang nak aku ceritakan. Kisah si panjang dan si bulat. Watak ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup, yang koma, yang pengsan atau yang m**i.... ok???



maka tersebutlah kisah suatu ketika dahulu kala. si panjang dan si bulat diberi gelaran (bukan nama sebenar).
bulat tu sang gadis manakala panjang tu si jejaka.



mereka terjumpa dalam satu majlis yang tidak dirancangkan pon. Si bulat ni comel orangnya tapi tembam skit manakala si panjang ni tinggi lampai. terlalu tinggi kalau nak dibandingkan dengan lelaki lain la.



masalahnya sekarang... mereka ni pantang berjumpa. ada je yang tak kena. suka benor bergaduh. kadang2 perkara kecik pun mereka besar2kan.


alkisahnya bermula apabila si jejaka ni suka mengacau sang gadis.
sang gadis ni mula menyampah. dia selalu sangat panggil dengan gelaran bulat.
skit2 bulat... skit bulat.
sang gadis ni geram dia panggil si jejaka tu dengan gelaran panjang. PANJANG! PANJANG!
sesuai benor la... BULAT ngan PANJANG.





bila dah selalu bergaduh.... mereka selalu kena usik oleh kawan2.

"diorang ni suka sangat bergaduh... nanti kan kawen baru tau"



" apa? kawen ngan bulat ni? xmau aku. nanti kena tempah katil besar sebab tak muat"

"apa pulak... aku takut kena tempah khas katil panjang sebab tak muat kaki terlebih"




kah kah kah.... diorang ni selalu buat kawan2 pecah perut.





lama kelamaan pergaduhan mereka mula berkembang mekar menjadi hubungan yang baik. mereka mula intim seolah2 sedang bercinta. setiap hari si jejaka akan menelefon atau sms sang gadis yang dirinduinya.


suatu hari... "kalau abg suruh ayang tunggu abg, ayang sanggup tunggu tak?"

sang gadis yang risau akan berlaku pisang berbuah 2 kali ragu2 untuk menjawab soalan jejaka tersebut. dia yang pernah ditinggalkan kekasih hati satu ketika dulu kemudian ditinggal oleh kedua ibu bapanya risau takut2 dia akan ditinggalkan juga satu hari nanti.


"insya Allah jika ada jodoh antara kita".
sang gadis masih belum yakin dengan hubungan mereka. dia x mau beri harapa 100% kepada hubungan itu.


mungkin si jejaka tidak puas hati dengan jawapan itu.



lama kelamaan hubungan mereka menjadi renggang dek kerana ada orang ketiga yang tidak menyukai hubungan mereka. oleh sebab tidak mahu mencetuskan masalah, sang gadis mengundurkan diri menyebabkan si jejaka kecewa dengan tindakan itu.
lalu hubungan mereka semakin jauh.




namun, mungkin kerana jodoh mereka masih kuat, mereka masih dipertemukan. lama kelamaan mereka berbaik semula, namun tidak seintim dahulu. si bulat mula perasan yang abang panjangnya itu ialah kaki perempuan. dia bersyukur kerana tidak masuk dalam genggaman lelaki itu.




dalam majlis perkahwinan adiknya, sang gadis itu menghadirinya. dia pergi lebih awak untuk membantu keluarga pengantin. dia sudah biasa dengan keluarga si jejaka itu.

ada cerita lain pulak timbul... pengantin lelaki iaitu adik si jejaka itu.... mula berkenan pada sang gadis. siap berjanji akan kawen ngan dia pulak tu...

gila betul la. pengantin gila. abang gila. satu keluarga gila agaknnya.






sekarang mereka sudah lama tidak bertemu. masing2 jauh selepas sang gadis graduate.
alhamdulillah... walaupun kadang2 si jejaka ada menelefon sang gadis bulatnya itu... tapi hubungan mereka sudah tiada kemanisannya. sang gadis pun sudah tidak mau ambil hal lagi pasal kekasih panjangnya suatu ketika dahulu.




mungkin tiada jodoh antara mereka. alhamdulillah. perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. jangan cari pasal dengan lelaki seperti itu... walaupun ada sekelumit kasih sayang dalam dirinya....








ni untuk aku








ni untuk kau







Sekian... citer aku.
Nanti kalau ada sambungan... aku citer balik...



ADIOS!!!!



p/s: tak semestinya bila kte selalu gaduh ngan seseorang tu kita akan jumpa jodoh ngan dia....
makan kobis lagi best

3 comments:

  1. Si bulat n si panjang pasti akn bertemu jua walaupun tiada jodoh pertemuan..bukan sebgai teman istimewa, tetapi sebagai sahabat..

    ReplyDelete
  2. cerita hok awk tulis ni mcm pernah ku dengar sblm ini..tapi dimana ye?

    ReplyDelete
  3. as Comel: kalau ada jodoh jupe kot... xtau la tu... tgk r kot2 ada siri ke 2...hehehe

    inisuha: ye ke? ada org tiru citer sy ke? nanti sy saman dia...hehehe

    ReplyDelete