Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Saturday, December 17, 2011

Suara...


Nama blog aku..??
Suara Hati.
Sesuai ngan tajuk entry kali ni. SUARA.

Bila nak luahkan 'suara'...banyak medium yang ada sekarang.
Blog.
Facebook.
Twitter.
macam² la..

Manusia petualang bertopengkan manusia pon buleh jadi malaikat bila berbicara dalam medium sebegini.

Kalau aku buka blog teman²..banyak pahala yang boleh didapati (kalau nak...)
dan juga dosa yang senang juga didapati (kalau nak...)

tapi kekadang..rasa nak bagi makan sup sesumpah
bila manusia petualang tadi mula mengeluarkan kata² yang cukup manis dan lembut untuk dibaca....hakikatnya...???? (kalau yang kita kenal...kalau yang tak kenal...???)

manusia...
boleh menulis
boleh bercakap
boleh copy paste artikel

tapi..
bolehkah ia mengubah hatinya..???

cerita pasal tudung labuh.
adakah isterinya bertudung labuh..???

cerita pasal kejujuran dan keikhlasan.
adakah dia jujur dan ikhlas sebenarnya...???

cerita pasal kebaikan dan keburukan alam maya.
adakah dia ambil iktibar sebenarnya...???

semua terletak pada hati.
usah 'berlakon' di alam maya
kerana Allah lebih tau apa yang ada di hatimu...


Suara Hati seorang Puteri. :-)

No comments:

Post a Comment