Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Saturday, January 28, 2012

maaf...


bila seseorang buat salah...
hati ini rasa nak marah...benci...dendam..

lepas tu cuba lupakan...biarkan ia berlalu.
ingatkan hati ini akan tenang...rupanya tidak!

rupa²nya maaf itu lebih baik.
bila kita memaafkan...hati ini lebih tenang.

biar salah itu dilupakan.
siapa kita untuk memarahi seseorang
sedangkan Nabi ampunkan umat...

maafkan aku jika aku bersalah padamu...
sedangkan kamu tidak bersalah kepadaku...
semoga Allah mengampuni dosamu...


p/s: jika hati ini marah pada kesalahannya...kenangkan kembali kebaikan yang dia pernah buat untuk kita....

Saturday, January 21, 2012

hati..


entah kenapa.
hati ini tidak tenang.
mungkin...'cuti' daripada beribadah yang wajib...tapi doa x pernah berhenti..

sering rasa sepi.
rindu.
sayu.

entah pada siapa.
pada Dia...??? syukur...


ingin ada teman di sisi.
mungkin gangguan syaitan...yang tidak pernah berhenti menggangu anak cucu adam.

pasrah.
redha.
biarkan...biarkan...
tapi bila malam....ia datang lagi.

Ya Allah...sabarkan hati ini.
jagalah hati ini.

semoga dia terus menjaga hati² di sisinya.

p/s : adakah hati ini...semakin hilang...??? tidak! aku masih ada hati. kerana Allah sentiasa di sisi

Saturday, January 14, 2012

Allah Itu Sweet | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Allah Itu Sweet | iluvislam.com + discover the beauty of islam

usah beiri hati.



seronok.
teruja.

mendapat berita akan bermain air sambil berkursus.
Gambang Waterpark City.....!!!!!!


tapi bertukar jadi tak seronok.
tetiba ada yang beiri hati.
walau tidak dikaitkan dengan namaku...
tapi orang lain tetap ofismate ku...
tidak kira sejahat mana pon mereka....
mereka tetap manusia kan....


kalau betul rezeki kita...
kita tetap dapat pergi...
kenapa perlu beiri hati...

sudah berumur...
sepatutnya menjadi contoh kepada yang muda...
bukan beriri hati sesama sendiri...
tidak dapat pergi...tuduh menuduh pada orang lain pula.

tak baik....
kita orang Islam...
kalau nak sangat, ambik saya punya.
saya sanggup tak pergi...dari tengok orang tua merana...
isk isk isk.....




p/s : yang tua dihormati, yang muda disayangi...
tapi kalau dah tua...tapi ada sikap buruk....???? jangan biadap...tetapi jangan ikuti. tetap hormati. dah itu sikap dia...nak wat camne....????
^_^ renung²kan....dan selamat beramal...

Tuesday, January 10, 2012

jika benar aku bersalah...



bagaimana harus kumula...
kate Jamal Abdillah.

rasa nak bagi baca surat sekeping yang dijumpai dalam botol dari dalam sungai yang dihantar dari jauh...
fuhhh...lelah bace. pengirim dia sek² chipmunk gak la...



ke hadapan SIMON yang dirindui.

apa khabar..??
harap² segor megor..kemama lagi.

simon,
masihkah awak ingat kat saya ni..??
kita pernah tido se'toto' dulu, awak penah buat air milo ke saya...sedap!

kali terakhir kita jumpa...beberapa tahun lalu.
dah lame kan.
tapi dulu...awak selalu col saya.
sesekali...saya pon sms awak. saya kan x suke col. (jimat kredit + kedekut taik idung masin)

tapi...kebelakangan ni awak dah menjauh.
saya pernah col....tapi x dapat.
lepas saya send besday present...awak terus menyepi.
apatah lagi untuk ucapan terima kasih.
tq pon tak apa.
tapi ...saya bukan harapkan itu pun.
yang penting awak hepi.
sebab saya tak pernah bagi awak apa² hadiah pon sebelum ni.
(ke ada....???)...tak kesahlah.

tapi....awak terus diam.
saya pon xtau sama ada parcel tu dah sampai ke belum.
adakah hadiah itu satu kesalahan untuk awak...???

entah.
saya pun tak tahu.
mungkin saya ada buat salah.


jika benar saya bersalah...
saya mohon...maafkan saya.
saya sentiasa tengok awak dari jauh.
tau jugaklah cerita awak sikit².
itu dah memadai.
jika awak rindukan saya....sms la.
tak nak col pon takpe.
saya masih pakai no. lame.


kalau benar...awak tak mahu lagi saya tahu pasal awak....
saya mengerti.
mungkin persahabatan jarak jauh tidak lagi mampu dijalinkan.


ketahuilah....

saya sentiasa mendoakan awak.
semoga awak sentiasa dalam barakah-Nya
dan menemui kebahagian suatu hari nanti...walaupun tanpa saya.

kasih sayang saya tetap ada untuk awak
sebab awak pernah menyayangi saya.


yang benar,
the chubby motti notti -TEADORE


p/s : saya hanya berkawan pada orang yang nak berkawan dengan saya.
yang tak nak..??? xpe :-(

Wednesday, January 4, 2012

Aku Tak Bodoh.




tv rosak lagi.
nak beli....lom ade duit lagi.
tunggu la dlu....


malam tadi tgk movie.
Tittle: Aku Tak Bodoh

mase tgk the making dulu...macam x best je citer ni.
khas tuk budak je kot.
tapi....



malam tadi...lepas tgk...tak sangka air mata pon boleh kuar
kalah ombak rindu.
tengok ombak rindu pon x nangis tauuu...

betapa pentingnya didikan ibu bapa kepada anak²
kerana dari acuan ibu bapalah...terbentuknya sahsiah anak²
bentuk macam mane yang terlukis....

namun....anak² kene juga menghargai pengorbanan ibu bapa.
jangan ingat..bila ibu bapa pernah jahat dlu...
akan gagal menjadi ibu bapa selama²nya...
tidak.


kisah antara kegagalan sebuah keluarga yang sempurna mendidik anak² menyebabkan anak² sudah tidak boleh bersuara...apatah lagi menyatakan pendapat sehingga mengambil tindakan sendiri kerana tidak tahu kaedah yang betul....

dengan...

kegagalan seorang anak menghargai bapanya yang pernah masuk penjara...dibuang sekolaj kerana memukul gurunya sendiri....terjebak dengan geng mencuri....akhirnya bapanya mati di depan matanya kerana menyelamatkannya dari bahaya....

KESUDAHAN CERITA ITU....mengalirkan air mata wanitaku.....

"buang pelajar dari sekolah tidak menyelesaikan malah menambahkan lagi masalah sosial"
-kata bapak Sudin.

tambahnya lagi....
"tiada anak² yang tidak boleh diajar....tetapi ada bapa yang tidak mampu untuk mengajar...."

p/s: syukur kerana telah terdidik dengan baik sehingga menjadi manusia yang baik....