Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Sunday, June 5, 2011

Ya, cik....boleh saya tolong...???



Ke hadapan para pelanggan yang dihormati dan dikasihi,

tidak kisah siapa anda
tetapi coretan ini adalah khas untuk anda yang pernah bergelar pelanggan...


tidak kira sehebat mana pon anda...
anda juga pernah membuat kesilapan sama seperti saya...

tidak kira setinggi mana pon darjat anda...
anda juga pernah mempunyai hati dan perasaan sama seperti saya...

justeru,

mengapa perlu bersikap seolah² anda terlalu gah dan hebat
adakah maruah anda akan jatuh jika anda sedikit bersopan dengan saya?
adakah anda akan dikatakan pondan jika melembutkan suara dengan saya?

tidak salah untuk bersopan santun di mana pon anda berurusan
tidak salah untuk bersabar jika pelayan seperti saya agak lembap membuat kerja
tidak salah jika anda tidak menengking saya di hadapan orang ramai jika ingin marah


hati saya mudah tersentuh
walaupun saya tau hari ini saya akan dimarahi
esok mungkin akan kene marah lagi
kalau hari ini saya menangis kerana kena marah
esok mungkin saya akan menangis lagi
mungkin lusa air mata saya akan menitis lagi


tapi...

saya takut

lama kelamaan...hormat saya pada anda semakin kurang
sopan saya semakin jauh
santun saya makin tenggelam

suatu hari nanti..mungkin anda pula yang akan menangis kerana kena marah dengan saya..

cuma satu yang kita semua kene ingat...


kita mungkin akan menjadi pelanggan pada hari ini ....
tapi tak mustahil kita akan menjadi pelayan pada hari esok...


rujukan: pelanggan --> orang yang menerima khidmat (mungkin anda...mungkin saya)
pelayan --> orang yang memberi khidmat (iaitu saya...dan mungkin anda juga)


siapa saya...???

PEKERJA KEDAI MAKAN
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
OPERATOR TELEFON
PEKERJA SALUN KECANTIKAN
JURUJUAL


DAN SESIAPA SAHAJA YANG MEMBERI KHIDMAT KEPADA ANDA........



p/s: anda hebat??? Allah lagi hebat tau!!!!!! Sebab Dia adalah pelanggan yang paling hebat!!!!

No comments:

Post a Comment