Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Monday, December 28, 2015

Adik abang long



Assalamualaikum. w.b.t

hari ni dah masuk hari ketiga aku mula bekerja.  cuti 2 bulan.  berpantang.  anak ke-2.

alhamdulillah, semua sihat dan kuat.  adik abang long ni lain sikit lagaknya berbanding abang long.  lebih montel.  lebih aktif.  lebih-lebih jugaklah manjanya. namun mudah untuk menjaganya; seperti abangnya juga. 

belanja gambarnya sekeping dua;



Sama tak dua beradik?  :-)

Tuesday, April 21, 2015

Happy Birthday To You.....


Sudah setahun!!! Yeayyy!!!!

alhamdulillah..menginjak ke umur setahun. pelbagai karenah dan omelan telah dipertontokan oleh beliau.  alhamdulillah, sentiasa sihat dan cergas. walaupun masih belum berjalan, tidak pernah merangkak, berjulur..tapi itulah ketentuannya. masa silam memberi kesan kepada perkembangannya, namun beliau menunjukkan peningkatan walaupun agak perlahan.

aku dan asben dah berpakat. akhirnya kami pun beli walker untuk beliau. alhamdulillah. nampak perkembangan positif. beliau mula heret dada. kaki pun galak je nak berjalan walaupun tak stabil.




comel tak beliau? bantal tu cousin dia lah yang beri.

semoga semakin meningkat dari hari ke hari.  
-Doa seorang Ibu-

kekadang terasa jugak bila ada yang membandingkan dengan budak² lain yang sebaya dengannya tapi sudah boleh berlari. kalau mereka boleh memahami alangkah indah. tapi itulah lumrah alam. kita takkan tau kalau kita tak rasa.

tapi tak perlu nak terasa sangat lah kalau hati ini kuat berpegang kepada takdir Allah. anak ni pun milik Dia. Dia bagi pinjam sekejap ni pun mujur. kita nak claim macam² pulak. so, yang penting perlu bersyukur.



Happy Birthday sayang. Semoga menjadi anak yang baik, insan yang terpuji, hamba yang bersyukur. kerana Ahmad Syakir Zikri adalah Pengenang Budi yang sentiasa mengingati dan terpuji.
Insya Allah.

Tunggu kedatangan adikmu sayang....

p/s: cukuplah Allah itu Tuhanku, nikmat yang diberi tidak pernah kurang. sentiasa lebih. siapa engkau untuk menidakkannya?

Monday, August 25, 2014

.ahli baru.


Assalamualaikum.. W.B.T

untuk kesekian lamanya tidak berkarya, akhirnya saya yang dulunya solo, dah bertukar menjadi suri, sekarang upgrage menjadi bonda.

alhamdulillah, hidup menjadi semakin bermakna dan ceria. ada teman baru. ada penyeri hidup. belum perkenalkan lagi suranya, saya perkenalkan sekali anak suranya.

meet my rumet...





masa ni dah bergelar bapak..

yang comey momey tu anak dia. anak saya jugak.
tunjuk gambar kawen sket biarpun sudah setahun berlalu..









dah setahun. tapi masih belajar mengenali dan menyintai lagi menyayangi...fuhhh..haha.

also, meet our bodyguard...







doakan kami bahagia selalu. sekian bebelan bondazikri...

Tuesday, October 29, 2013

Benar rezeki itu dari-Nya



assalamualaikum...

alhamdulillah...syukur di atas nikmatnya..setelah berjaya berumah tangga, akhirnya Allah makbulkan jua hasratku untuk bergelar seorang ibu. insya allah, tahun depan akan bertambah lagi seorang hamba Allah di muka bumi ini.

namun, dalam ke'excited'an kami laki bini untuk menerima ahli baru, lahir pula kegusaran tentang simpanan untuk anak nanti sebab terlalu banyak musaqah yang menimpa.
-tayar kereta bocor (laki punye)
-bateri tukar baru (bini punye)
-servis kereta (laki bini punye)
-insurans kereta (laki bini punye)

semua disebabkan kereta. kami x beli baju baru xpe, sebab nak simpan untuk anak nanti. yelah, first time...xtau banyak mana yang diperlukan untuk keperluan.

laki :  abang risau lah..simpanan makin sikit ni. dang x tuk baby kte nanti??
bini : jangan risau la bang.. dang la tu kte simpan skit² ni. anak ni kang rezeki dari-Nya, jadi adalah     tu  Dia akan bagi kekgi...
laki : abang takut xdang je. dahlah insurans kereta abang dekat ngan due date baby kite ni..
bini : Insya Allah bang. kte simpan skit² sementara ni. selebihnya kita bertawakal pada Allah, ok? donwori... :)

si bini pon dalam duk sejukkan hati laki dia, dia pon risau jugak. tapi xmo la tunjuk sangat.

namun benarlah Allah punya kuasa...arini dapat surat

Tahniah! Puan telah dipilih sebagai penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2013.

Alhamdulillah...ada rezeki untuk anak nanti...
boleh lah berbelanja untuk si dia nanti. bapak si dia pon aci...

p/s: jika Allah telah janjikan rezeki, percayalah akan ada rezeki itu nanti. cuma cepat ngan lambatnya. dan rezeki itu dari-Nya untuk hambanya. kalau Dia xmo bagi, maka itu hakNya...
sebagai hamba, jangan berhenti meminta ya...dan menurut perintahNya... :-)

Wednesday, September 4, 2013

.aku seorang pendosa.


anak-anakku...

aku bersyukur kerana akhirnya kalian membesar di hadapanku menjadi insan yang berjaya, cantik, dan seolah² sempurna kejadiannya. aku bersyukur di atas pahit getir aku membesarkanmu menjadi seorang manusia yang berjaya. namun, setelah kalian semakin dewasa dengan usia kalian, kalian sudah semakin berani dan lantang dengan suara kalian yang mungkin lebih tinggi daripadaku..

anak-anakku..

aku sedar, mungkin aku pernah melakukan dosa, dosa kepada Allah, dosa kepada masyarakat, dan juga dosa kepada kalian. aku tau perbuatanku memang tidak boleh dimaafkan oleh kalian sebagai seorang anak. namun, siapakah kalian untuk menghukumiku sedangkan Allah itu lebih berkuasa untuk menjadi pengadil.

anak-anakku...

aku sedar, dosaku terhadap kalian tidak mampu dimaafkan. tapi, perlukan kalian membenciku sehingga sebegitu rupa.. lupakah kalian akan perit getirku saat aku membesarkan kalian sehingga cantik sebegini. lupakah kalian yang aku tidak pernah berhenti berusaha untuk mencari bukan setakat sesuap nasi untuk kalian, bahkan mungkin lebih dari itu. lupakah kalian akan kepenatanku menjaga kalian sewaktu kalian demam, sakit dan bermacam karenah sewaktu kalian masih merah dulu...
benar, itu adalah tanggungjawabku sebagai orang tua kalian, tapi tidak bolehkah kalian menghargai sedikit kebaikan dan usaha yang pernah aku lakukan untuk kalian sewaktu ketika dulu..

adakah jika kalian sudah besar sebegini, kalian tidak perlu menghormatiku lagi. adakah kalian yang sudah mengenali dunia, tidak perlu lagi menganggap aku ini sesuatu dalam diri kalian. adakah benar begitu? hanya kerana aku berdosa kepada kalian?

anak-anakku...

jika aku sudah tiada di sisimu lagi selepas ini, adakah kalian akan sentiasa mengingatiku sebagai orang tuamu? atau kalian buang terus namaku dari sudut hati kalian hanya kerana dosa yang aku lakukan..
ataupun, kalian akan menghargaiku selepas ketiadaanku nanti?
akan ingatkah kalian kepadaku bila menjelang bulan puasa?
akan ingatkan kalian kepadaku bila takbir raya mula berkumandang?

anak-anakku..

sehingga hari ini, aku masih bernafas..
jika kalian masih menganggap aku ini adalah seseorang yang penting dalam hidup kalian, peluklah aku dan izinkan aku mengucup dahi kalian. 
jika kalian masih mampu untuk menyayangiku, izinkan aku untuk terus menyayangiku...

tentang dosaku...maafkanlah aku. mungkin itu adalah kekhilafanku terhadap kalian. usah kalian bimbang, biarlah Allah lakukan kerjanya. 
jangan biarkan dendam kesumat merebak menjadi barah dalam hati kalian. bila ia pecah, semua ubat sudah tidak berguna lagi...dan ingatlah bahawa kalian akan mempunyai anak suatu hari nanti....

maafkanlah aku. jangan benci aku. ingat Allah selalu...

Wednesday, April 17, 2013

Address plz..???


Assalamualaikum.w.b.t

Hampir sebulan lagi tuk bertukar status.mulakan dengan edaran kad.tapi tak mulakan lagi.bila aku mintak address, ramai yang suruh invite via facebook.

hmmmm..

sori. i am old skul minded.bagi aku facebook hanya medium tuk searching frens, sharing info, chatting².ok cukup.nak ucap besday aku malas.tuk lebih ikhlas aku suka sms ucapan tu.same thing with kad jemputan.aku lebih suka hantar kad tu, sama ada pos ke, byhand ke, atau pun sms je ajakan tu.

sebab...kad yang diterima adalah khas tuk kita.kalau facebook ni terlalu umum.seolah² sape² pon leh join walaupun kita dah add invited person.satu lagi frens dalam facebook tu pon bukan semua close friends kan?kadang² ada yang kita add tanpa mengenali betul² siapa orang tu.mungkin kenal² gitu je. takkan nak jemput 1000 frens kita dalam facebook kan?kan?

so, maafkan aku.aku tetap dengan old skul mindedku..
tapi x kesahpon dengan cara orang lain.cuma biasanya kalau aku x terima kad, aku x pergi.kecuali orang tu pm @ sms pulak lepas tu. nampak lebih ikhlas.

orang nak cakap pe, cakap la.

p/s : sesekali gunakan cara lama walaupun tidak ketinggalan dengan teknologi baru.kalau kita tak guna cara lama skali skala, apa jadi ngan generasi kita nanti???

Saturday, March 9, 2013

Tuhan, jagakan dia untukku


Bissmillahirrahmanirrahim...

entry pertama selepas bertukar status 'in a relationship'. hehehe.
suara hati puteri ni dah lama tak mengeluh sejak dah ada yang punye ni...walaupun tak sah! lagi..tapi bila rasa diri ini disayangi oleh somebody - ehem ehem....kekunci ini dah malas nak membebel.
namun. bila berjauhan, sukar bertemu, bukan rindu yang ingin ku'highlight'kan tapi bila ada berlaku sesuatu, aku tak dapat membantu.

bagaimana perjalanan hidupnya, bagaimana perjalanan hatinya, bagaimana perjalanan imannya.
kalau ada di depan mata sekali pun, jika belum dimiliki juga sukar untukku duga laut itu berapa dalamnya.

justeru, kuserahkan pada Empunyanya-Maha Esa untuk menjaganya. jika ada masalah kesihatannya, ubatkan dia untukku. jika ada masalah hatinya, tenangkan dia untukku. jika ada masalah makannya, belanjakanlah dia untukku. doaku sentiasa kuiringkan, namun Kau saja yang boleh perkenankan.

tuhanku, telah engkau takdirkan dia untukku, namun sebelum dia sah menjadi imamku, jagakanlah dia untukku. jaga dirinya dan jaga imannya.

terima kasih tuhan.

p/s : mak ayahku? mereka sudah bersama-Nya. yang lain? mereka ada di sampingku... :-)

Monday, January 21, 2013

Pencetus Kontroversi???


Assalamualaikum..

pemula tahun baru di tempat yang baru. meaning? department baru...mmm :)
masih ingat lagi waktu mula² menjejak kaki ke sini... aku memang gadis nakal. sentiasa nakal sehingga kini.
tak sangka..tetap sudah jawatanku.
kontroversi...mmm..bagaimana bermula???
bermula dengan t-gas..kontroversi mula menjenguk..pabila saat khidmat diperlukan di site office.
mana ada budak praktikal dari HQ kena tukar ke sana?? so...aku mulakan dengan rela hati (walaupun tiada elaun)..niat di hati untuk dapatkan kerja...sebenarnya.

alhamdulillah..dapat kerja. tapi department lain-kontorversi ke-2..tiba!
entah mulut longkang sape..difitnah kerana tidak ada tugas yang sepatutnya. aku diberi amaran oleh bos sebab dikatakan mulutku yang celupar menyebarkan cerita itu..walhal aku x berdosa pon! xpe. terima je.

akhirnya ditukarkan jugak ke post yang sepatutnya. membuat kerja dengan baik dan tulus ikhlas. suci murni..
kini setelah beberapa tahun mengerah keringat..ditukarkan pula ke deparment lain...
kontroversi baru-.tiada pengganti.
mohon rayuan dikekalkan-ditolak..

sekarang! aku keje di post baru..tapi masih dengan senyuman lamaku.
semoga tahun baru...azam baru...tempat baru..--->mungkin status baru..tapi masih dengan diriku yang asal.
aku tidak kisah dimanapun aku diletakkan...ditukarkan...difitnahkan..dilabelkan...AKU MASIH DIRIKU.

p/s: baru 3 tahun...macam² isu aku terima. kalau 30 tahun? tunggu...
kalau boleh..aku xnak tua dengan kontroversi...tapi itulah. glamer aku kan??? hahaha!!!!
sesungguhnya mulut manusia xleh ditutup...tapi kita tetap hamba Allah kan? so, biar kita je yang tutup telinga.
hanya mampu berdoa dan terus berdoa. mengapa perlu susah payah elak dihina oleh manusia sedangkan yang sepatutnya kita usaha untuk tidak hina oleh Allah.

sekian pembebelan saya. (malas nak bebel skarang tapi sekali bebel setambong berjela....)

Saturday, November 24, 2012

Finally...


Alhamdulillah.....

itu je yang mampu diungkapkan kepada yang maha esa. doa saban hari akhirnya telah dimakbulkan.
hanya menunggu masa.
semoga sentiasa dipermudahkan.
Amin....

p/s : tidak pernah lupa pada yang sentiasa menyayangi dan menyokong. juga hadir saat diperlukan. semoga harimu akan tiba jua...

Wednesday, September 19, 2012

Dia dan dia



lama tak meng'update' blog ni. malas. xdok idea. kekeringan dah. keje banyak skarang. 
nak cakap pasal apa ye..???

soal jodoh boleh???

ikhlas di hati aku akui, aku tak pernah ber'couple'. kalau ada yang steady pun tak pernah 'declare' pun.
tapi, bila seseorang mula menunjukkan rasa sayang, hati ini sangat girang. seronok bila disayangi. ada yang bawa ke mana kita nak pergi, belanja makan, dapat hadiah terutama pada harijadi.
lama kelamaan kita lupa yang perhubungan yang terjalin itu ada yang tidak merestui..iaitu Allah.
aku seronok sangat sampai aku lupa apa yang aku buat merupakan bekal untuk ke neraka jahanam!!!

akhirnya bila tiba saatnya Dia memberi peringatan kepadaku. kerana Dia sangat sayangkan aku. dan Dia juga tau aku sentiasa mengingati-Nya cuma aku terleka sekejap. lalu...satu demi satu keburukan si dia terbongkar. namun dek kerana masih menyayangi..aku pejamkan mata. mungkin ini salah satu daripada ujian-Nya.

namun akhirnya hatiku semakin jelas. doa yang tidak pernah putus kutitipkan untuk dia dari Dia. namun Dia memudahkan jalanku yang semakin sukar. mungkin kerana Dia ingin aku bertemu dengan orang yang lebih baik. sesungguhnya cinta untuk dia itu sangat mudah didapati tapi tanpa restu Dia sukar untuk melekat di hatiku.

aku tidak akan berhenti berdoa agar dipertemukan dengan khalifah pilihan Dia yang telah ditakdirkan. siapa pun dia itulah pilihan Dia untukku...

p/s : bila perhubungan itu tidak diberkati, hati seolah² tidak menerima dengan setulus hati. istikarahlah.

Tuesday, July 10, 2012

Setitis air mata di pagi hari


got a parcel...from someone i missed so much.
yes...belated. but it's ok.

don't know what...why...how...it's just happen.
but one thing that i want u to know...
whatever it is...
my ears always ready to hear u
my mouth always ready to babbling u

i always waiting 4 ur reason
ur explanation
and pray 4 ur goodness

and always love u.

p/s : saya tak suka memaksa. saya lebih suka menunggu sampai hati saya bosan. tapi sehingga sekarang bosan belum tiba. so, awak masih ada peluang.

Monday, July 2, 2012


aku sentiasa mencari seseorang yang boleh hidup bersamaku...
tapi sehingga kini aku belum menemui seseorang yang aku tak boleh hidup tanpanya... :(


i'm always searching the person who want to live with me but until now i never find the person who i cannot live without.

Live alone...???



x sangka kan?? tapi aku redha... mungkin ada sesuatu yang baik akan berlaku lepas ni. yang penting aku tak putus berdoa. ada sape² nak teman??? sila isi borang ye... 
aku percaya Allah akan menjaga aku. walau ada sesiapa pon yang akan menyudikan diri untuk menemani siang dan malamku, aku yakin Allah akan utuskan yang terbaik untukku. the best guardian.
kalau sampai sudah pon x ada?? x apa lah. itu memang rezeki aku.

dahlah. citer x best. malas nak citer banyak. gie smayang dulu...

Sunday, May 20, 2012

Pulangkan...


Duhai lelaki...

duhai lelaki yang tidak pernah mensyukuri...
tidak mensyukuri nikmat-Nya...sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada...
kau ada isteri, tapi ada kau hargainya sebagai isteri???
ada kau sayanginya sebagai kekasihmu???
ada kau membelainya dengan kasih sayang???

kau biarkan syaitan bermaharaja lela di dalam hatimu, di dalam jiwamu..
pernahkah kau cuba menepis kehadirannya dengan doamu? dengan solatmu? dengan ibadatmu?
kau menerima sebulat²nya...sehinggakan kau mengaburi matamu akan kehadiran seorang isteri..
yang saban hari sentiasa bersabar dengan karenahmu...
bersabar dengan omelanmu...
membawa kau berubat merata²...

akhirnya...apa yang kau buat??
kau semakin bersetuju dengan syaitan yang semakin galak denganmu
kau maki isterimu di khalayak...
kau hina isterimu dengan sesuka hatimu

sungguh...kau sudah tidak hormat dirinya sebagai pendampingmu
apa lagi sebagai isterimu
dan kau juga tidak mampu untuk menghormati dirimu sendiri sebagai hamba Allah...

duhai lelaki...
jika itu kehendakmu
jika kau sudah bencikannya
jangan kau seksa batinnya
jangan kau seksa jiwanya..
lepaskanlah dia....
pergilah kau bersama teman laknatmu..
sesungguhnya Allah lebih tahu...

Sunday, May 6, 2012

Ujian..???


masa aku jahil dulu, aku hidup senang. masalah tak pernah hadir. duit banyak. rumah besar. kereta besar. tapi tatkala aku mula ingin berubah. duit mula berkurang. kereta rosak. rumah naik air kalau banjir. situ rosak sini rosak.
 
banyak nye masalah. aku dah buat baik. aku dah bersedekah, tolong orang, hormat orang tua..tapi kenapa makin banyak masalah aku..??

sudah! aku nak kembali seperti dulu! malas buat baik dengan orang. sama je kalau aku buat baik pon. orang lain tak buat baik pon dengan aku!!!!
 
Allah pernah berfirman, (lebih kurang maksudnya)
Adakah benar kamu beriman selagi tidak diuji..???

justeru, jika kita ingin berhijrah tetapi menghadapi pelbagai halangan...adakah kita perlu u-turn balik niat kita untuk menjadi baik???

sebab tu hati kena kuat. benteng kena kemas. teguh. dinding kena paku kuat² kasi melekat. 
kalau kita lemah, sekali angin tiup..habis roboh rumah tangga tingkap kita. 
kuatkanlah hatimu...
jangan kau ubah niatmu walau seinci pun. 
minta tolong dengan penciptamu..


sabarkan hatimu...insya allah...allah akan membantumu..

Tuesday, May 1, 2012

Apabila syaitan berjaya menjelajah hati manusia..



 iman.

itulah kekuatan utama manusia. walau sehebat mana pun ibadat kita, kerajinan kita dalam menghambakan diri pada Allah, kebaikan kita sesama manusia...kalau iman tidak kental, kita tetap akan kalah dengan syaitan.
 
masalah tidak akan pernah lenyap dari diri manusia. sebanyak mana pun harta kita..kalau masalah nak hadir, dia akan hadir. itulah keperluan iman dalam diri untuk menjadi benteng agar diri dapat dilindungi...

semasa manusia dalam kejahilan, syaitan tidak berminat untuk menganggu kerana mereka tahu manusia itu tiada iman. tapi bila manusia itu mula ingin berubah, syaitan mula gusar. mereka ligat menyusun strategi untuk menjatuhkan usaha manusia itu. masa inilah hati manusia kena kuat, tahan diri dari kembali kepada kisah silam.. 


ya allah...kuatkanlah hatiku...
ya allah...teguhkanlah imanku...
ya allah...jauhkanlah kemaksiatan dariku... 

kuatkan..cekalkan...teguhkan. itu adalah antara usaha kita untuk membina benteng diri sendiri. usah harapkan dari orang lain kerana bila bertemu allah...kita hanya keseorangan. mengapa perlu menyalahkan orang lain atas kekhilafan diri sendiri. teman sejiwa hanya dapat membantu tapi diri sendiri yang melaksanakannya.

mereka yang lihat hanya mampu melihat. yang memandang hanya mampu memandang. tiada siapa dapat membantu untuk kita bangun bila kita jatuh. manusia yang belajar adalah mereka yang bangun kembali bila jatuh. tapi jika mereka jatuh kembali ke tempat yang sama berulang kali, itu bermakna mereka tidak pernah belajar. dan jika mereka tidak mahu bangun lagi itu bermakna mereka sudah tidak mahu belajar...

allah sangat berkuasa.
dia tahu akan sesuatu.
sangat tahu.
mengapa itu terjadi..mengapa ini terjadi..
jadi, kepada dialah kita memohon bantuan.
jangan sombong dengannya.
jangan berdendam dengannya.

semoga ada sinar yang sudi memberi cahaya kepada hidup ini setelah jatuh ke dalam kegelapan untuk membantu kita bangun dan terus berdiri dengan gagah.

p/s : sedih melihat saudara sendiri dalam derita namun tidak mampu untuk membantu kecuali berdoa. semoga allah akan memberi yang terbaik buatnya. cekalkan hatimu...

Wednesday, April 18, 2012

Shh.... Episod 2


bila bos mula tidak professional...langkah yang paling bijak ialah jangan kurang ajar dengan dia.
itu langkah yang paling bangang!

kita tengok dulu lagak beliau...pastu kita ikut je dulu...
pastu kita serahkan pada Tuhan...minta doa dengan Dia
itu yang terbaekk...

nak tegur..??? lambat skit la kot..

p/s : untung jadi orang bawahan...bila kita naik nanti kita dah tahu macam mana jadi orang bawahan. tapi kalau x naik² jugak...xpe la. itu namanya rezeki dari Illahi...

Shhh......


Diam.
itu jelah kata² yang sesuai untuk aku tatkala ini.
apa saje orang dok mengata pasal kita...ngumpat pasal kita...
diam saje. cakap banyak pon x guna...

Sebenarnya...
tak salah menjaga tepi kain orang.
memang bagus sebenarnya..digalakkan dalam Islam.
tapi yang tak bagusnya...bila duk selak kain orang..
cerita pasal kain orang hari² sampai dah lupa yang diri sendiri belum pakai kain lagi..
kain dalam pon belum tentu pakai.
bila pakai sutera ari khamis..terkayang-kayang. nampak bayang yang telah diauratkan.


So....bila orang duk selak kain kita je tiap hari...klu boleh kita diam...kita diam.
last²..kalau tak tahan sangat...sepak terajang je dia. habis citer...

pastu gelak kuat² macam syaitan!!! hahahaha!!!!!!!!

"suka sangat jaga tepi kain aku...pastu duk selak lagi...dah xdok kain lain mu nok selak..??? huh!!"
(jahat tak..??? ade rupa syaitan..???)

p/s : kita digalakkan untuk menjaga sesama muslim..bukan menyalahkan dan mencari pasal sesama sendiri.

bak kata Ustaz Azhar...bukan perempuan yang pakai jubah, tudung labuh je boleh dipanggil muslimaton...perempuan karbaret yang pakai skirt nampak spender pon..muslimaton jugak. sebab dia pon orang Islam... ~_~

Sunday, April 15, 2012

Ubat untuk tenangkan hati..???


Doa adalah senjata orang mukmin.
Dalam berdoa..perlu seiring dengan menjaga solat, membaca quran,

Jiwa tengah kacau..???
Ayat quran adalah sebaik² ubat.
Amalkan solat² sunat...taubat, hajat, tasbih.
tidak boleh setiap hari, sebulan sekali. tak boleh? dua bulan sekali..setahun sekali??
yang pasti buatlah.
berdoa...
alunan zikir...selawat ke atas nabi..
selepas solat, berdoalah dipermudahkan.
ampunkanlah semua orang.

Insya Allah...Dia akan bantu kita.
Allah akan membantu hamba-Nya yang sentiasa mengingatinya...

Tuesday, April 3, 2012

sabar lah hati...



hampir 27 tahun aku diam di rumah itu.
hampir 27 tahun aku bahagia di rumah itu.
hampir 27 tahun aku menjaga rumah itu.

setelah hampir itu...aku dihimpit rasa.
sedih.kesian pada rumah itu.
kesian pada keluarga yang mendiam di rumah itu.
seolah² rumah itu bukan rumah sendiri.
aku menumpangkah di situ??


selama ini kami bahagia.
apa jua masalah kami hadapi bersama.

kini...mereka seolah² menjajah kami.
apa dosa kami?
apa salah kami?
aku cuba sabarkan hati.
ini ujian Allah untuk kami.
kekadang takut...adakah ini balasan kepada kami?
pernahkan kami berdosa kepada mereka?
atau pernahkan ibu bapa kami berdosa kepada mereka?

wahai hati..
bersabarlah.
sikit je lagi.
itulah pujukan aku pada hatiku...
juga pada keluargaku...
juga pada diriku sendiri...

biarkan mereka.
mereka juga seperti aku.
rumah mereka juga seperti rumah aku.

ALLAH YANG PUNYA!!!