Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Monday, March 15, 2010

Aku Antara Orang Bertuah

Aiman ada kawan...nama dia arif.. Eh, tersasul pulak. Terbawak-bawak dengan watak Aiman tu. Gini, alkisahnya...aku adalah sorang kawan laki. Umo dia awal 20-an la. Dah keje. Dah dia malas nak belajar. Ntah spm pas ke tak aku pon xtau. Aku barulah jugak kenal ngan dia nie. Hari tu kitorang kuar gie makan2 (orang belanja baru dapat gaji). Dia ada citer pasal family dia.
Flashback sekejap....
Dulu bila dia sms aku, mesti dia mengeluh, kata aku nie beruntung dari keluarga senang, tak pernah hidup susah, tak pernah pun makan nasi ngan air masak je. Tapi dia xtau yang aku pun orang susah cuma taklah seteruk dia...
Ok, sambung citer...
Rupa2nya barulah aku tau kenapa dia selalu mengeluh. Dia anak lelaki sulong dalam family dia. Kakak dia nie boleh dikatakan kategori cerdik la sikit. Sambung belajar di kolej lepas spm (kira terer r tue...). So, disebabkan dia ni kurang cerdik berbanding kakak dia...ayah dia tak berapa ambik kisah sangat la pasal dia ni. Sikit2 kakak dia. Bagi duit la, semua yang kakak dia nak, ayahnya akan kasi. Dia??? Habuk pon susah nak dapat. Lepas tue dia pun cari keje.
Satu hari....dia balik lewat malam sebab keluar ngan kawan2. Ayahnya mengamuk...halau dia dari rumah. Dia tido kat mana??? Kat surau area kawasan rumah dia jugaklah. Dia pun cari keje dan keluar dari negeri tue dengan berbekalkan RM80 je. Keje kilang. Tak lama mak dia suruh dia balik. Nak jaga hati mak baliklah. Tapi masa dia kena halau dulu, mak dia tengok je (kelip2 mata-bak kata orang ganu). Merata la dia keje sampailah sekarang keje dia oklah. Siap boleh bagi kat mak ayah lagi. Kakak dia??? Haramm. Dah keje, tapi satu sen pon tak bagi kat mak ayah. Mak ayah mintak dari dia jugak.
Tulah...anak yang dihalau ini dulu jugaklah yang dicari bila terdesak. Setiap kali balik kampung, mesti dia akan bagi duit kat mak ayah dia. Kadang2 kesian jugak...makan nasi lauk kicap je, kdang2 megi (tapi megi selalu sebenarnya). Takut nanti mati dia dok makan megi je. Dahlah kurus kering je aku tengok. Tapi nak wat camne...Takkan aku nak ambik buat laki kot. Nanti aku yang mati. Sebab tulah , aku rasa aku ni antara orang yang bertuah. Walaupun mak ayah aku dah xde, tapi aku masih tersenyum dan bergelak ketawa ngan adik beradik aku. Makan pakai aku cukup. Pendidikan..alhamdulillah. Walaupun x tinggi sangat tapi aku masih mampu berbangga. Syukur pada-Mu Ya Tuhan...kerana melimpahkan aku rezeki dan kebahagian hidup. Semoga aku sentiasa menjadi orang yang bersyukur....Amin..



Yang penting... Ingat Dia selalu

dan

Jangan lupa berdoa



No comments:

Post a Comment