Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Saturday, March 20, 2010

Mampukah Kita Berubah???

Setiap kali ada masalah menimpa... mesti kita salahkan orang lain.
Ada bencana berlaku.... salahkan orang di sekeliling.
Tapi, pernahkan kita terfikir... setiap apa yang berlaku kadang2 salah kita sendiri???
Itu mungkin ujian untuk kita???
Ataupun mungkin bala yang Allah turunkan untuk kita???
Ataupun petunjuk yang diingatkan kepada kita???


Kita sudah terlalu jauh ke dalam keindahan duniawi.... Terleka sampai lupa kadang2 kita kekhilafan yang selalu kita buat, terbuat, membuat...
Berubahlah.
Berubahlah kita untuk mendapat sesuatu yang lebih baik.
Tapi....
Mampukah kita berubah???
Hari2 kita buat benda yang sama... Makan, keje, tido..
Bolehkah kita buat sesuatu yang baru hari ini???
Sesuatu yang baru... yang lebih baik... yang lebih membawa kebaikan kepada orang lain.
Asyik asyik.. kita je yang mendapat kebaikan...
Ubah cara hidup.
Ubah cara makan.
Ubah cara tido.
Cara sembahyang....cara berdoa...
Selama nie kita beribadat.. untuk kekayaan, kemurahan rezeki...
Berdoa untuk kebaikan, kesenangan dan kebahagian diri kita.
Esok, kita berdoalah untuk kebaikan kawan2, jiran tetangga, guru kita.
Beribadahlah untuk mendapat barakah dari Allah, bersyukur di atas nikmat-Nya, redha di atas segala ujian-Nya, pasrah di atas kesedihan dari-Nya... bolehkah kita lakukannya???


Ubah cara bercakap dengan orang.
Semalam kita kurang ajar bila bercakap dengan rakan sepejabat, customer, anak buah.
Esok, kita berlemah lembut dengan mereka.
Senyumlah dari hati yang tulus.
Bercakap dengan penuh berhemah.
Jika dimarah, terima dengan redha. Jangan balas balik dengan kemarahan.
Boehkah kita berubah???


Belajarlah untuk berubah.
Usahlah dilakukan kerana terpaksa.. tapi biarlah dari hati yang ikhlas.
Perlahan2.... jangan terlalu mendadak.
Usaha dan berdoa untuk berubah menjadi yang lebih baik.
Berazam setiap masa.
Insya Allah, Tuhan akan mendengar tinta hati kita....
Sesuatu yang hebat bakal berlaku nanti....



p/s: nak jadi orang yang baik.... nak kawan ngan orang yang baik.... nak hidup di kalangan orang yang baik....

3 comments:

  1. saya pun..hari-hari berdoa nak jadi org baik, nak berkawan dgn org yg baik2, nak hidup dikalangan org yg baik2, paling penting, nak kawen dgn org yg baik2..Ameen..

    ReplyDelete
  2. Tuhan dah janjikan...perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik...
    Insya Allah, kalu awak baik...mesti jumpa org yang baik...

    ReplyDelete
  3. AMEEN..
    mitok2 la masin mulut mulut awok:P
    awok pun!

    ReplyDelete