Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Tuesday, March 16, 2010

Bila Sudah Terpanggil...

Hari ini aku mendapat berita kematian orang kampung yang tinggal tak jauh dari rumah aku (tapi kan jalan kaki jauh gak...). Mak cik tu sakit kanser. Tak lama dia terlantar di hospital, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah beberapa jam selepas dibawa balik dari hospital. Aku pun terus ke rumahnya untuk menziarahi (orang kata tunjuk muka). Dalam masa terdekat ni sering aku mendapat berita tentang kematian. Bulan 1 baru nie, salah seorang pegawai aku meninggal kerana sakit kanser darah. Lama beliau terlantar di hospital, berulang- alik ke hospital pakar, tidak putus berusaha untuk merawat penyakitnya...namun apakan daya sudah takdir dia pergi meninggalkan anak isteri...keluarga dan kawan2. Tak lama lepas tu..lebih kurang sebulan lebih, seorang lagi staf di ofis aku pula menyusul (pok wei). Pun kena kanser juga. Kanser hati. Aku sempat berjumpa dengannya...masa tu dia sudah semakin kurus tapi masih mampu berdiri dan berjalan perlahan2. Akhirnya dia juga pergi meninggalkan kami semua. Cepat betul masa berlalu. Aku rasa baru semalam aku bergelak ketawa ngan pok wei..sebab da tu suka buat lawak. Suka bercerita. Tapi masa aku ziarah dia di rumahnya...tak sanggup aku tengok akan kesengsaraannya menganggung derita kesakitan. Aku percaya Allah lebih menyayanginya tanpa menderita lebih lama lagi. Kita tidak tahu bila Allah akan menjemput kita. Entah hari ini entah esok. Kadang2 pemergian kita tanpa diduga. Ya Allah...Semoga aku akan pergi tanpa menyusahkan sesiapa...dan menutup mata dalam keimanan...Amin... Semoga roh mereka semua ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh hendaknya...

Sesungguhnya dunia ini hanya persinggahan...tapi akhirat kekal abadi...



HIdup itu bererti ..Mati itu pasti






Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi






namun beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari


Tapi jangan lupa....



Berbahagialah selalu...

No comments:

Post a Comment