Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Sunday, March 21, 2010

Menuju Destinasi

Tadi bukak facebook. Tertarik pada satu bingkisan di wall salah sorang frens aku.
"kadang-kadang aku takut untuk tempuh kebahagiaan..kerana pengakhirannya sangat memedihkan"


Dulu, aku pun berfikir macam dia nie.
Takut tempuh kebahagiaan. Dulu aku hidup hepi ngan orang tua aku...
Sekarang, dua2 Tuhan dah amik.
Pernah aku suka kat seseorang. Pon ada orang amik.
Pas 2 ada budak laki tackle aku... mula2 x suka...tapi lama2 dah selalu kena kacau...tersuka jugak..
Tu pun kena amik.



Penat aku lah.
Asal aku suka kat orang....orang lain amik. Yang aku tak suka, xde pulak orang nak amik. Nanti bila aku dah mula suka...mesti ada orang akan amik.
Sebab tulah .... aku pun dah mula fed up ngan fenomena nih.
Aku akui... mudah bagiku untuk menyukai seseorang... tapi sukarnya untukku jatuh cinta pada seseorang. Bila aku mula.... nak terjatuh cinta..pasti aku akan terluka.
Sehinggakan aku serik untuk menyukai seseorang. Orang tackle.... layan jugak.
Tapi hati sudah seperti tidak mahu menerima lagi.
Takut bila pengakhiran kebahagiaan itu menjadi pedih....





Tapi....
Aku mula berfikir.
Apalah gunanya adanya qada' dan qadar...kalau tiada semua itu.
Apalah gunanya dikatakan dugaan hidup... kalau tidak diuji dengan kegagalan.
Apalah gunanya keinsafan... jika tidak mengalirkan air mata penyesalan.


Tuhan sering menguji kita.
Tuhan sentiasa menduga kita.
Kerana Dia tahu... sekuat mana keimanan kita.
Segagah mana pendirian kita.
Kalau dengan sedikit luka, kita sudah tidak mahu mencuba lagi.... tiada guna penawar yang dapat menyembuhkan racun di jiwa.



Aku sedar... aku insan yang lemah.
Tidak mampu melawan takdir.
Tapi doaku dapat melawan qadarnya...
Siapa tahu... mungkin kita akan mendapat yang lebih baik dari sebelum ini.
Usah sedih usah berduka.
Kesatlah air matamu.
Allah tahu apa yang terbaik untukmu.




Belum tentu berakhir kebahagiaan itu dengan kepedihan. Mungkin destinasi indah menanti di hadapan....

No comments:

Post a Comment