Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Friday, March 19, 2010

Ujian Untuk Hamba-nya

2 3 bulan nie aku kerap ke klinik jumpa doktor. Baru2 ni jumpa doktor sebab sakit perut. Doktor kata gastrik. Ok. Lepas dua bulan, aku demam + batuk. Jumpa doktor lagi. Amik mc 2 hari. Then...demam kebah. Alhamdulillah...
Tapi...
Batuk ni tak baik agie. Penat aku sehari2. Mana nak jumpa customer lagi, nak cakap via phone pon x selesa. Asyik batuk je. Batuk punya batuk...last aku sakit belakang.
Gie jumpa doktor lagi...Malam Rabu baru ni.
Doktor cakap, urat tertarik sebab gegaran akibat batuk yang terlalu kuat dan lama.
Ya Allah...seksanya Tuhan je tau. Nak tido susah. Nak berbalik badan seksa bukan main.
Malam tadi aku gie berurut. X pernah hayat aku berurut.
Sakit gak tubuh aku diurutnya. Abih urat aku di'straight'nya. Tapi skang rasa agi.
Batuk pun dah makin kurang tapi still ada lagi.
Tiap kali batuk belakang aku sakit sangat.



Ya Allah...kuatnya ujian-Mu untuk hamba-Mu ini.
Ampunilah dosa aku, Ya Allah.
Sesungguhnya aku ini insan yang lemah.
Tak tertanggung aku akan ujian-Mu ini Ya Tuhan.
Tubuh aku terasa lemah sangat sampai xde mood nak wat kerja.
Camne batuk nak sembuh ...aku keje dalam aircond. Sejuk sampai ke tulang hitam.




Kalau diikutkan dulu...zaman aku budak2...aku susah sangat nak demam.
Gie klinik??? Jauh sekali lah. Demam sikit2 xde apa pun. Jerang kepala ngan air asam jawa... dah cukup (arwah mak aku selalu buat).
Batuk pun susah nak kena. Dulu antibodi aku kuat.
Makan ubat pun jarang. Bila teruk sangat je baru aku makan ubat.
Tapi bila dah makin tua ni... susah betul nak baik kalau dapat penyakit.
Leh dikatakan every month aku batuk.
Dulu zaman study, aku duk penang. Yang terkenal dengan bandar yang kotor dan berhabuk (orang penang jangan marah ekkk).
Selalu jugak kena batuk sampai doktor suspek aku kena asma.
Tapi alhamdulillah... xkena la.
Ni batuk lagi. Duk kampung pun batuk jugak. Aku pun terjangkit ngan ofismate (beselah di bawah satu bumbung kan...)
Apa nak buat... aku redha jelah ngan ujian Allah untuk aku.
Mungkin ada hikmahnya nanti.
Semoga batukku sembuh....sakit belakangku sembuh...
Insya Allah..



"Bersabarlah dalam menghadapi penyakit kerana sesungguhnya penyakit itu merupakan ujian dari Allah untuk hamba-Nya"

No comments:

Post a Comment