Tinta Kata Sang Puteri

Tiada yang indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh...
TIada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah...
dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambanya yang soleh :)

Monday, March 29, 2010

The Pencil Parable



Sedikit bingkisan untuk hari ini...

Kita adalah sebatang pensel....


1) Kita akan dapat melakukan pelbagai perkara...boleh membawa keuntungan





2) Kita akan sentiasa merasa kesakitan kerana ada banyak masalah tapi akan menjadi lebih kuat




3) Namun, kita ada kebolehan untuk membetulkan kesilapan




4) Apa yang penting...dalam hati kita





5) Kita akan terus menulis... dengan tinggalkan kesan di atas sekeping kertas





6) Kita boleh jadi yang lebih baik....





lebih baik...





dan lebihhhhh lagi baikkkk...



















anyone want to be a pencil?????

3 THINGS IN LIFE....

once gone never back
- words (aware with it)
- opportunity - (grab it)
- time (save it)

must not be lost
- peace
- hope
- honesty

are most valuable
- love
- self confidence
- friends

that make you a great person
- hardwork
- sincerity
- success

are never sure
- dreams
- success
- fortune

that destroy s person
- greed
- pride
- anger



so....keep it up!!!!

Sunday, March 28, 2010

Ari ni kursus....



ari ni x gie keje...bukan malas la... ari nie aku kursus la...
kursus menulis surat rasmi dan memo berkualiti
sasaran peserta... budak2 baru... staf baru tetap jawatan...staf naik pangkat.... dah r.
sonok gak..kursus 2 hari...so, 2 hari makan tanggung. hehehe
fasilitator...tuan haji abd wahid jais... lecturer universiti malaya... merangkap penceramah dari 'medium books consultancy'.
best jugak jadi lecturer yg pandai bercakap nih. sambil2 kongsi ilmu..leh buat duit gak.


katanya..beliau dari bahagian pentadbiran...dah boring...tukar bahagian akademik lak.
banyak input2 yang leh aku ambik..lagilah aku ni orang baru. banyak benda yang perlu aku tau...walaupun dulu dah belajar masa sekolah..kat u.. tuan haji ada berkata... ibu bapa kita adalah orang lebih bijak dari kita... sebab...diorang masuk u... kita x...
UAT (Universiti Alam Terbentang)...aku setuju...



beberapa bingkisan yang disentuh oleh beliau...
Hamzah Fansuri pernah berkata
"aku mencari Allah sehingga ke Baitullah..tapi aku temuinya di dalam rumah".
Maknanya...walau sejauh mana pun ilmu yang kita cari...walau dengan apa cara sekalipun... kita mungkin akan temuinya di depan mata kita...
seronok dengar cerita tentang anak2nya yang semuanya berjaya... sorang dentist..sorang amik medic kat oversea...sorang masuk mrsm...
"benih yang baik, kalau dibuang ke lautan akan menjadi pulau...dibuang ke hutan akan menjadi pokok2 yang segar dan cantik"



3 perkara yang akan menjadi bekalan kepada kita selepas mati;
- anak yang soleh
- amal jariah
- ilmu yang dimanfaatkan



semoga Allah akan menjadikan kita hamba yang soleh, melahirkan benih yang baik dan dapat menyampaikan ilmu yang berguna kepada anak2 bangsa...insya Allah



layan jap gambo aku amik tadi....

ni name tag aku... cantik gak tag nie...






ngan membe aku...eli


Friday, March 26, 2010

Kongsi Ilmu

Tadi gie majlis ilmu kat masjid.
Ada ceramah skit.... tajuk "Keluarga Berilmu Masyarakat Cemerlang".
Disampaikan oleh Ustazah Nor Hafizah binti Musa dari KL.



Ada beberapa bingkisan yang menarik nak aku kongsikan...

Katanya.... Allah pernah berfirman...
"Kriteria orang2 yang hebat..."
1) tahan lasak - dari segi ujian Allah, sama ada besar @ kecik
2) istiqamah - dalam setiap am
alan kepada Allah (solat witir sebelum tido... solat dhuha setiap pagi)
3) sentiasa puasa sunat (Nabi galakkan puasa 3 kali sebulan - 13, 14 dan 15 hb dalam islam setiap bulan).




satu lagi yang menarik...

Allah berfirman.... "ada 3 rahsia untuk jadi orang yg hebat...."
1) bersabar - dalam apa jua ujian Allah, sabar pada suami @ isteri, anak2
2) selalu bertasbih - waktu yang paling afdhal (sebelum matahari terbit, sebelum matahari terbenam, sebahagian malam dan waktu siang)
3) jaga nafsu - terutama dalam keperluan harian (shopping, aksesori wanita @ lelaki)
4) jaga solat - terutama dalam keluarga (sentiasa jaga solat anak2)


p/s: alangkah indahnya hidup jika dapat jadi orang2 yang hebat....

Fuh!!! Sudah lain noo....

Malam tadi aku gie jalan2 kat syahbandar....
Orang kte dah ada uptown lak skang. sje gie tengok...
kot2 ada yang menarik ke...

ramai giler orang...
yelah, hari ni kang cuti...
malam minggu mesti orang nak release tensen...


aku sampai tu dah lewat la. gie lepas sembahyang isyak...
bila malam makin tua... makin ramai la pulak.
kebetulan tunggu abg ipar gunting rambut... gielah jalan2 dulu...



ramai anak2 muda..berjalan berdua2 duan ada... sekumpulan remaja ada...
family ada... mcm2 ada..



bila aku jalan2 tu...tengoklah nape ramai ngat orang berkumpul...
ingatkan ada show apa ke....
rupanya diorang ada show muzik kete sape paling power....


'boom!! boom!! boom!!'

mcm2 lagu ada. mcm2 kaler muzik ada.
diorang letak kat bonet.
ada biru, oren, kaler2 ful la pulak.
makin lama makin ramai kat situ. pompuan laki bercampur gaul.
sume pakat nak tengok...minat sangatlah katakan...
fesyen diorang pon dah mcm2...


risau tengok anak2 muda zaman skang.
tgAnu skang pun dah lain mcm...
budak2 pun dah nak jadi mcm2 budak kl...

lepak sana sini... main muzik kete la... racing la...
camne la anak2 aku nanti...
kena pkir jugak tuh...


janganlah jadi macam diorang tu...

biarlah jadi orang yg beriman dan soleh...AMIN......

Thursday, March 25, 2010

Menumpang Kasih



Tetiba je hari ni aku dok dengar gosip2 kat ofis pasal tempat aku kat afis tulah.
Masa aku dapat tau aku akan ditukarkan ke bahagian tu... aku dah mula wondering kat mana lah aku nak duduk.
Tempat tu dahlah x besar mana... cukup2 tuk yang mana ada.
Last2 aku masuk sorang.... xde tempat yang sesuai tuk aku....
So... terpaksalah aku menumpang kasih kat unit lain.





dah beberapa bulan aku duk situ... xde lak dengar soseh2 orang x suka...
tiba2 je semalam adalah orang atas turun bawah.... report kat bos dia... mcm aku ni rampas tempat diorang lak....



abih tu... nak wat camne ekkkk????




penat kepala berfikir ni....



apa buleh buat...
aku sedar aku hanya menumpang... nak menumpang kasih...

dah tu kalau korang nak hambat aku... aku nak dok mana???


kan aku duk depan kan... terlebih glamer lak...
nasib badan...


kang aku brenti kang...
aku nak keje apa lak???
sapu sampah???
jual pisang goreng???
xpun .... amik upah panjat pokok nyor...
baru meraung aku dibuatnye....



malas nak menyusahkan diri pikir mende2 nih..
buat keje lagi bagus...


yang penting aku buat keje aku...
aku x kacau orang... kan? kan?







p/s: cepatlah naik pangkat... nak duk dalam bilik la pulak...

Tuesday, March 23, 2010

Gegar 5 'S'

Gegar 5 'S' bermula.
Hari ini aku ke Pejabat PMINT Cawangan Kerteh... untuk progress gegar 5 's' nilah.

Apa itu 5 'S'??


Sisih
Sapu
Susun
Seragam
Sentiasa amal



Jabatan lain dah mula lama dah. kami baru nak start....
sebenarnya... kami dah start dah tp just tuk dalaman je. consultant pun org kita sendiri. sekarang ni kita mula yang betul2 5's'...seperti yang disarankan la.. consultant pun yang telah dilantik...


so... nak watpe ekkk??? apa lagi... buanglah mana2 yang patut. Yang dah x guna boleh disisihkanlah.
Sapu mana2 yang patut. Tapi fening jugak.
Susah nak buang mana2 dokumen sebab takut nak guna lagi. Kan tersalah buang kan... haru...



Jom tengok ofis sebelum di 5 's' kan...hehehe


















FUlamak....
Ofis ke apa ni???

Bos!!! Camne nih???

Nak wak guane ni???
Bilik meeting dah jadi mcm stor...
alahai...kena keje keras ni bosss...


Fening kepala ketua zon...

Nasib..nasib...


p/s: 3 bulan lagi... tengok apa kata consultant...

Cikgu Oh Cikgu



Semalam bukak web kementerian pelajaran malaysia... cek mtest kpli.
Yang minggu lepas (panggilan pertama)...aku x dapat.
Xpelah. Xde rezeki..
Tapi cek semalam (panggilan kedua)... dapat.
Sabtu ni mtest.
X study langsung.
Ntah.
Xde mood langsung sebenarnya...



Kalau diikutkan... dulu cikgu ialah cita2 aku.
Dari kecik aku nak jadi cikgu.
Lepas grad pun impian aku nak amik kpli... nak jadi cikgu jugak.
Tapi skang....



Aku pernah jadi cikgu ganti 2 bulan.
Ngajar budak drjh 1,2,3.


Penat siot jadi cikgu...
Dahlah masa tu bulan pose.
Lepas aku abis kontrak, tobat aku xnak jadi cikgu.
Xtaulah camne jadi cikgu tuk sekolah menengah...



Tapi, kpli ni tuk sekolah rendah.
Huhuhu....xmo dah....
Tapi aku mintak jugak....


Kadang2 aku terfikir jugak...
Aku sebenarnya dah xde mood nak jd cikgu ni...
Aku dah selesa bekerja skang.
Nanti lepas ni...kalau dapatla... kena study balik...




Jadi cikgu nie (yelah kerja yang mulia la katakan...) sangat mencabar.
Keje banyak skang ni... balik lewat... sambung keje kat umah...
Buku rekod kita la, rekod budak la... mcm2 kena pikir..



Entahlah



Bagi aku.. kalau jadi cikgu ni ibarat kita balik semula ke sekolah.
Buat benda yang sama ngan kita buat masa sekolah dulu.
Boringnye..... kalau dipikirkan..



Orang kata cikgu ni .... cerewet.
Aku xmo jadi begitu nanti.
Cuma satu je best jadi cikgu.... duit banyak!!!



Gaji mahal... cek kertas soalan leh elaun... jaga exam leh elaun...




Benarkah guru sekarang seorang pendidik yang betul2 ikhlas pada kerjanya???

Atau sekadar inginkan gaji setiap bulan???

Amanahkan pada kerja???

Amanahkah pada pelajar???

Aku jadi takut untuk memilih guru sebagai kerjaya... kerana kerjaya guru sangat mulia...

bukan aku kata kerja aku skang x mulia... tapi guru ialah pendidik...
mendidik anak bangsa...
lahirnya aku menjadi seorang dewasa bermula dari seorang guru...






aku akan gie tuk mtest sabtu ni...
tapi aku x mengharapkan sesuatu...
dah asyik gagal je sebelum ni (xde kabel tuk tolong)..
mungkin orang lain lebih berhak kot....


xmo jadi cikgu... tapi kalau kpli kuar..mintak gak...apada aku ni....




kalau dapat kat bandar ok gak... tapi kalau dapat pedalaman... mampos aku....


(xmo jadi cikgu..nak jadi anak murd sampai bila2...)

'Biarkan Jatuh Cinta'

mata ini indah melihatmu
rasa ini rasakan cintamu
jiwa ini getarkan jiwamu
jantung ini detakkan jantungmu


dan biarkan ku padamu
menyimpan sejuta harapan aku padamu
rasa ini tulus padamu
takkan berhenti nanti sampaiku mati



c/o: biarkan aku jatuh cinta
pesona ku pandangan saat kita juma
biarkan aku kan mencuba
tak peduli kau berkata tuk mahu atau tidak....



Best gak lagu nie... nyanyian ST 12.
(Ost Safa dan Marwah) - x sure la. sinetron baru kot.



Cam sesuai tuk aku je lagu ni....


p/s: berdoa semoga jatuh cinta pada orang yang menyintai kita.... setulus hatinya :-)

Monday, March 22, 2010

Apalah Sangat....


Tadi kemaskini fail. Fail yang lama2 zaman tok kaduk aku kena belek... cek kot2 ada dokumen yang x sain lagi ada ke... (orang nak audit nih.... ish ish ish...).
Jumpa la 2 3 biji yang kena kemas kit.
Adalah yang lama zaman fira'un tuh... kena sain pegawai... dahlah dia tu dah tukar bahagian...
Ok. Kumpul fail. Letak satu tempat.



X sangka pegawai yang sepatutnya kita kena gie jumpa dia... datang bilik bos aku... tanya,

"Mana nak sain? Meh saya sain"
Then aku cop, beres.



Lepas tu... ada pulak sain pegawai B yang lom ada lagi....
Dia duk department lain jugak.
Dia ni lain macam kit. Bos aku pon x berani nak tepon dia.
Xpe... aku jumpa dia.



Gielah aku kat tempat dia ngan muka seposennye... budak baru katakan...
Aku ingat dia malas nak cakap banyak then sain je...
Rupa2nya... dia xmo sain.

"Ni bukan saya punya nih"
"Saya xmo sain"



Abis????
Sape yang nak sain.... budus.......
Nyampah aku. Pegawai pun sanggup turun sebab nak menyetelkan kerja kita. Senang je berurusan ngan orang yang senang ni.
Dia ni???
Susah...
Suruh aku bawak minggu depan pulak mengadap muka dia.
Nak baca dulu katanya....
Apalah salahnya dia sain je then bye bye...
Susah sangat ke???
X faham aku.
Betullah kata orang2 kat ofis aku...
Dia ni memang susah berbahasa sikit.
Kalau orang yang dah kenal lama pun dia xmo layan... apatah lagi aku yang dia x kenal pun.
Nama aku pun dia xtau.




Entahlah
Susah hidup dengan orang yang tak abih ngan kesombongan dan kebongkakan.. bukan bongkak... bongok...
Apalah sangat ego seorang pegawai yang x seberapa jika dibandingkan dengan kemurahan dalam membantu kerja2 amal, tolong kawan2...
Kalau diikutkan bukan kerja aku pun.
Kalau masuk court.. aku boleh tuduh dia cuai dalam kerja... terima borang tanpa sain!!!!
Kalau aku jadi bos... orang macam ni x lama kat jabatan aku...
Aku fired!!!!


Hidup ni cuma sementara je.
Masa kita sedang senang nilah kita kena tolong orang, bantu sesama Islam, senangkan apa yang susah...permudahkan semua kerja.
Bukan menyusahkan lagi.
X rugi buat baik pada orang.
Bukan hilang singgit pun kalau tolong orang.
Sekarang macam mana???
Kang aku tiru sain mu kang baru berdosa besor aku nih....
Sakit hati ni sampai ke tulang hitam aku rasa.
Tuhan je yang tau.
Mengapa seorang pegawai yang lebih tinggi tarafnya boleh merendah diri sedangkan dia hanya orang bawahan tapi x boleh menyenangkan sedkit kerja???



Xpe. Tuhan tau apa yang lebih baik.
Ingatlah...bila2 masa Tuhan boleh ambik apa yang pernah diberikanNya dulu.
Jangan terlalu berbangga dengan keduniaan.... sedangkan akhirat jua akan kita tuju suatu hari nanti.



Malas dah aku nak jumpa dia.
Sekali aku dan menyampah... sumpah aku xmo tengok dia lagi.
Tengoklah macam mana minggu depan.
Bukan nak layan dia sorang je (banyak lagi kerja lain aku kena buat)









p/s: kerja untuk cari keredhaan Allah... bukan untuk cari gaduh.. (piece no war)



Sunday, March 21, 2010

Saje je...

Saje je nok tanye.... ok dop background aku ni???
Hehehe... kalu lawo... macih...
Kalu x lawo pon... macih...



p/s: still learning ckit2... amatur lagi... lom pro...baik wooookk

Menuju Destinasi

Tadi bukak facebook. Tertarik pada satu bingkisan di wall salah sorang frens aku.
"kadang-kadang aku takut untuk tempuh kebahagiaan..kerana pengakhirannya sangat memedihkan"


Dulu, aku pun berfikir macam dia nie.
Takut tempuh kebahagiaan. Dulu aku hidup hepi ngan orang tua aku...
Sekarang, dua2 Tuhan dah amik.
Pernah aku suka kat seseorang. Pon ada orang amik.
Pas 2 ada budak laki tackle aku... mula2 x suka...tapi lama2 dah selalu kena kacau...tersuka jugak..
Tu pun kena amik.



Penat aku lah.
Asal aku suka kat orang....orang lain amik. Yang aku tak suka, xde pulak orang nak amik. Nanti bila aku dah mula suka...mesti ada orang akan amik.
Sebab tulah .... aku pun dah mula fed up ngan fenomena nih.
Aku akui... mudah bagiku untuk menyukai seseorang... tapi sukarnya untukku jatuh cinta pada seseorang. Bila aku mula.... nak terjatuh cinta..pasti aku akan terluka.
Sehinggakan aku serik untuk menyukai seseorang. Orang tackle.... layan jugak.
Tapi hati sudah seperti tidak mahu menerima lagi.
Takut bila pengakhiran kebahagiaan itu menjadi pedih....





Tapi....
Aku mula berfikir.
Apalah gunanya adanya qada' dan qadar...kalau tiada semua itu.
Apalah gunanya dikatakan dugaan hidup... kalau tidak diuji dengan kegagalan.
Apalah gunanya keinsafan... jika tidak mengalirkan air mata penyesalan.


Tuhan sering menguji kita.
Tuhan sentiasa menduga kita.
Kerana Dia tahu... sekuat mana keimanan kita.
Segagah mana pendirian kita.
Kalau dengan sedikit luka, kita sudah tidak mahu mencuba lagi.... tiada guna penawar yang dapat menyembuhkan racun di jiwa.



Aku sedar... aku insan yang lemah.
Tidak mampu melawan takdir.
Tapi doaku dapat melawan qadarnya...
Siapa tahu... mungkin kita akan mendapat yang lebih baik dari sebelum ini.
Usah sedih usah berduka.
Kesatlah air matamu.
Allah tahu apa yang terbaik untukmu.




Belum tentu berakhir kebahagiaan itu dengan kepedihan. Mungkin destinasi indah menanti di hadapan....

Saturday, March 20, 2010

Mampukah Kita Berubah???

Setiap kali ada masalah menimpa... mesti kita salahkan orang lain.
Ada bencana berlaku.... salahkan orang di sekeliling.
Tapi, pernahkan kita terfikir... setiap apa yang berlaku kadang2 salah kita sendiri???
Itu mungkin ujian untuk kita???
Ataupun mungkin bala yang Allah turunkan untuk kita???
Ataupun petunjuk yang diingatkan kepada kita???


Kita sudah terlalu jauh ke dalam keindahan duniawi.... Terleka sampai lupa kadang2 kita kekhilafan yang selalu kita buat, terbuat, membuat...
Berubahlah.
Berubahlah kita untuk mendapat sesuatu yang lebih baik.
Tapi....
Mampukah kita berubah???
Hari2 kita buat benda yang sama... Makan, keje, tido..
Bolehkah kita buat sesuatu yang baru hari ini???
Sesuatu yang baru... yang lebih baik... yang lebih membawa kebaikan kepada orang lain.
Asyik asyik.. kita je yang mendapat kebaikan...
Ubah cara hidup.
Ubah cara makan.
Ubah cara tido.
Cara sembahyang....cara berdoa...
Selama nie kita beribadat.. untuk kekayaan, kemurahan rezeki...
Berdoa untuk kebaikan, kesenangan dan kebahagian diri kita.
Esok, kita berdoalah untuk kebaikan kawan2, jiran tetangga, guru kita.
Beribadahlah untuk mendapat barakah dari Allah, bersyukur di atas nikmat-Nya, redha di atas segala ujian-Nya, pasrah di atas kesedihan dari-Nya... bolehkah kita lakukannya???


Ubah cara bercakap dengan orang.
Semalam kita kurang ajar bila bercakap dengan rakan sepejabat, customer, anak buah.
Esok, kita berlemah lembut dengan mereka.
Senyumlah dari hati yang tulus.
Bercakap dengan penuh berhemah.
Jika dimarah, terima dengan redha. Jangan balas balik dengan kemarahan.
Boehkah kita berubah???


Belajarlah untuk berubah.
Usahlah dilakukan kerana terpaksa.. tapi biarlah dari hati yang ikhlas.
Perlahan2.... jangan terlalu mendadak.
Usaha dan berdoa untuk berubah menjadi yang lebih baik.
Berazam setiap masa.
Insya Allah, Tuhan akan mendengar tinta hati kita....
Sesuatu yang hebat bakal berlaku nanti....



p/s: nak jadi orang yang baik.... nak kawan ngan orang yang baik.... nak hidup di kalangan orang yang baik....

Syiling Oh Syling

Bulan nie kempeks giler... Pokai aku...
Apa nak buat baru beli kete..Xmo beli susah nak gerak.
So, belilah sementara stok masih ada.
Aku ni sebenor-benornye...suka kumpul syiling.
Ada duit lebih, aku masuk tabung. Dulu mak aku selalu pesan, selalulah menabung.
Senang tuk masa depan. Tu yang aku ikut tuh....




Kira punya kira.... dapatlah seratus. Fuh!! Boleh tahan. Seingat aku, aku baru amik akhir tahun baru ni...dalam 70 hinggit. Cepat tol dia beranak yer... Nasib baiklah ada tabung tu.
Itulah bank yang selalu aku korek ujung2 bulan.
Khamis ni... gaji!!!!
Tapi....
X sempat kaya gak aku bulan nih.
Hutang ngan kak aku ada lagi 200. Bayar hutang dulu, baru menyimpan pulak.
Aku ni...dapat gaji, cukup2 je. Ciput2 sunggoh.
Baya kete, broadband, utang kerajaan, minyak kete.... last2 apa yang tinggal???

Macam mana nak save tuk kawen ni. Kalau dapat bakal laki yang kaya.... oklah.
Pau banyak sikit duit dia.
Tapi kalau kayap???
Berasap......



Risau jugak aku ni...
Duit memang problem sikit bagi aku.
Tak pernah nak cukup. Mujur aku pompuan. Kalau laki???? Ntahlaerrrr....
Tengoklah camne nanti. Kena save2 sikit la. Apa nak buat. Nafsu membeli tu menggila.
Ada je yang aku nak beli. Bajulah, tudunglah. Mujur aku bukan jenis giler gajet lagi.
Buatnya aku tukar henfon tetiap bulan...x mampos???
Beli kamera la, mp3 la, mcm2 la skang ni.
Belambak kat market.



Aku bersyukur...
Rezeki tak pernah putus. Selalu Tuhan murahkan rezeki aku...
Insya Allah...berkat usaha aku...mesti aku takkan tunduk pada nafsuku lagi.
Lawan! Lawan!


Cayok princess!!! U can do it.

Friday, March 19, 2010

Awan Mendung Berarak Kelabu

Hari ini mendung je. Hujan asyik turun dan turun...bhenti sat..turun lagi.
Xde program ari nie. Lepak kat rumah je.
Tadi lepas tengok drama melayu, tukar channel lain lak.
Tengok citer omputih. 'Piza My Heart'. Best gak citer tu.
Walaupun dah sekerat jalan, tapi still leh faham lagi.

Kisah 2 family pizza maker yang bergaduh (Posteloni and Mollebela -ntah aku pon lupa nama diorang. Padahal diorang duk bersebelahan je. Berjiran
Dua2 terer buat pizza. Posteloni-keju dia best. Mollebela-sos dia best.
Anak perempuan Pasteloni- Gina
Anak laki Molebela- Joe
Diorang jatuh cinta....
Last2 diorang daripada bergaduh...akhirnya bergabung. Gina and Joe bersatu. Nama kedai dikorang ditukar -Postebella. Cun gak nama tuh.



Tulah...watpe gaduh. Kang senang sume dapat kebaikan.

Moral: Kenapa perlu bertelagah sesama sendiri kalau kita boleh bergabung dan sama2 dapat keuntungan dan kebaikan. So, bersatulah untuk kebaikan. 1Malaysia!!!!

Ujian Untuk Hamba-nya

2 3 bulan nie aku kerap ke klinik jumpa doktor. Baru2 ni jumpa doktor sebab sakit perut. Doktor kata gastrik. Ok. Lepas dua bulan, aku demam + batuk. Jumpa doktor lagi. Amik mc 2 hari. Then...demam kebah. Alhamdulillah...
Tapi...
Batuk ni tak baik agie. Penat aku sehari2. Mana nak jumpa customer lagi, nak cakap via phone pon x selesa. Asyik batuk je. Batuk punya batuk...last aku sakit belakang.
Gie jumpa doktor lagi...Malam Rabu baru ni.
Doktor cakap, urat tertarik sebab gegaran akibat batuk yang terlalu kuat dan lama.
Ya Allah...seksanya Tuhan je tau. Nak tido susah. Nak berbalik badan seksa bukan main.
Malam tadi aku gie berurut. X pernah hayat aku berurut.
Sakit gak tubuh aku diurutnya. Abih urat aku di'straight'nya. Tapi skang rasa agi.
Batuk pun dah makin kurang tapi still ada lagi.
Tiap kali batuk belakang aku sakit sangat.



Ya Allah...kuatnya ujian-Mu untuk hamba-Mu ini.
Ampunilah dosa aku, Ya Allah.
Sesungguhnya aku ini insan yang lemah.
Tak tertanggung aku akan ujian-Mu ini Ya Tuhan.
Tubuh aku terasa lemah sangat sampai xde mood nak wat kerja.
Camne batuk nak sembuh ...aku keje dalam aircond. Sejuk sampai ke tulang hitam.




Kalau diikutkan dulu...zaman aku budak2...aku susah sangat nak demam.
Gie klinik??? Jauh sekali lah. Demam sikit2 xde apa pun. Jerang kepala ngan air asam jawa... dah cukup (arwah mak aku selalu buat).
Batuk pun susah nak kena. Dulu antibodi aku kuat.
Makan ubat pun jarang. Bila teruk sangat je baru aku makan ubat.
Tapi bila dah makin tua ni... susah betul nak baik kalau dapat penyakit.
Leh dikatakan every month aku batuk.
Dulu zaman study, aku duk penang. Yang terkenal dengan bandar yang kotor dan berhabuk (orang penang jangan marah ekkk).
Selalu jugak kena batuk sampai doktor suspek aku kena asma.
Tapi alhamdulillah... xkena la.
Ni batuk lagi. Duk kampung pun batuk jugak. Aku pun terjangkit ngan ofismate (beselah di bawah satu bumbung kan...)
Apa nak buat... aku redha jelah ngan ujian Allah untuk aku.
Mungkin ada hikmahnya nanti.
Semoga batukku sembuh....sakit belakangku sembuh...
Insya Allah..



"Bersabarlah dalam menghadapi penyakit kerana sesungguhnya penyakit itu merupakan ujian dari Allah untuk hamba-Nya"

Kain Kapan

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj. Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj. Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj. Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj. Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj. Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini.. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj. Teepo dengan genangan air mata "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj. Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj. Teepo."Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj. Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj. Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj. Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukanselama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj. Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.


P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar....

Thursday, March 18, 2010

New Step Begin

Bermulanya sebuah kehidupan baru. Dulu bersusah payah buat kerja untuk orang lain...
Bulan2 dapat gaji..Sekarang bersusah payah untuk mencari hasil bagi diri sendiri.
Kakak aku dah berhenti kerja. Penat bekerja ngan orang. Lagilah bos yang cerewat nak mampos, kedekut, buat keje sampai nak mati, tapi apa pun x dapat. Kena marah lagi ada.
Lalu, dia bertekad tuk memulakan bisnes yang kecik.
Dengan berbekalkan pengalaman yang sedia ada, dia pun bukaklah satu kedai.
Adalah member kat ofis aku yang tolong pasang blok dan cermin (buat bilik lah sikit-macam kedai)...sebab menyewa di tapak bangunan pejabat kerajaan.
Sewa bulan2...x mahal.


Masa mula2 tu..risau gak aku..sebab takut tak mampu nak menghadapi fenomena nih.
Yelah...bisnes tuuuu..
Pengalaman...xde
Modal... x banyak
Ilmu... sikit....sikit
Tapi....

Dengan kecekalan yang ada...akhirnya setelah termeterai perjanjian ngan tuan tanah...
Dia pun gie lah cari sewa fotostat, makanan ringan sikit2... peti air minuman...
Dan macam2..
Kitorang gie lah shoping...beli keperluan sikit2...xlah banyak sangat.
Permulaan....katakan


Alhamdulillah...Tuham Maha Berkuasa
Dengan berkat doa dan usaha kami adik beradik + modal kakak yan sorang lagi bagi pinjam sikit + mak mentua dia bagi sikit + duit simpanan sikit...akhirnya bermulalah satu perjalanan...


Ari khamis..aku kan balik awal..
Gie la tolong tengok2.
Aku pun pandai gak memfotostat...setakat jaga kedai....bolehlah.
Tuhan membantu usaha kami adik beradik.
Sekarang we're still new bisnesswoman. Xleh berbangga lagi sebab banyak lagi benda yang perlu ditambah.
Untung??? Bolehlah...Tapi nak pusing modal pon sakit kepala aku fikir.
Mana nak bayar sewa lag. Sume kena bayar...
Namun...
Kalau kami boleh sampai ke tahap sekarang, insya Allah...kami akan mendapat hasil yang lumayan


"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat sehiggalah mereka sendiri mengubah nasib mereka"


Aku takkan lupa tu...

So, jangan takut mencari pembaharuan dalam kehidupan.
Tidak salah mencuba.
Gagal sekali tidak bermakna gagal tuk selamanya.
Malaysia boleh!!!!

Tuesday, March 16, 2010

Bila Sudah Terpanggil...

Hari ini aku mendapat berita kematian orang kampung yang tinggal tak jauh dari rumah aku (tapi kan jalan kaki jauh gak...). Mak cik tu sakit kanser. Tak lama dia terlantar di hospital, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah beberapa jam selepas dibawa balik dari hospital. Aku pun terus ke rumahnya untuk menziarahi (orang kata tunjuk muka). Dalam masa terdekat ni sering aku mendapat berita tentang kematian. Bulan 1 baru nie, salah seorang pegawai aku meninggal kerana sakit kanser darah. Lama beliau terlantar di hospital, berulang- alik ke hospital pakar, tidak putus berusaha untuk merawat penyakitnya...namun apakan daya sudah takdir dia pergi meninggalkan anak isteri...keluarga dan kawan2. Tak lama lepas tu..lebih kurang sebulan lebih, seorang lagi staf di ofis aku pula menyusul (pok wei). Pun kena kanser juga. Kanser hati. Aku sempat berjumpa dengannya...masa tu dia sudah semakin kurus tapi masih mampu berdiri dan berjalan perlahan2. Akhirnya dia juga pergi meninggalkan kami semua. Cepat betul masa berlalu. Aku rasa baru semalam aku bergelak ketawa ngan pok wei..sebab da tu suka buat lawak. Suka bercerita. Tapi masa aku ziarah dia di rumahnya...tak sanggup aku tengok akan kesengsaraannya menganggung derita kesakitan. Aku percaya Allah lebih menyayanginya tanpa menderita lebih lama lagi. Kita tidak tahu bila Allah akan menjemput kita. Entah hari ini entah esok. Kadang2 pemergian kita tanpa diduga. Ya Allah...Semoga aku akan pergi tanpa menyusahkan sesiapa...dan menutup mata dalam keimanan...Amin... Semoga roh mereka semua ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh hendaknya...

Sesungguhnya dunia ini hanya persinggahan...tapi akhirat kekal abadi...



HIdup itu bererti ..Mati itu pasti






Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi






namun beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari


Tapi jangan lupa....



Berbahagialah selalu...

Sharing Is Caring

Alhamdulillah...
Hari ni murah r
ezeki lagi. Sejak aku keje kat sini, aku x pernah kelaparan. Ada je rezeki yang aku dapat. Oleh sebab banyak kejayaan yang dicapai oleh beberapa staf di ofis aku...(anak dapat spm cemerlang, anugerah pelajar cemerlang n so on..) mereka sume pun pakat2 buat jamuan keraian. Masing2 yang murah rezeki tidak segan silu berkongsi rezeki mereka bersama-sama kami. Makan sakan kami. Alhamdulillah..orang lain yang dapat kejayaan satu ofis kenyang. Allah tak putus2 memberi limpah rahmat kepada kita semua.
Petang pulak...sepatutnya ada meeting. Pergilah beli goreng pisang... Last2..Meeting canceled. Apa lagi..makan lagi. Aku duk sini bukan makin kurus...makin tembam ada lah. Tapi aku bersyukur, orang2 di sini tak pernah lokek ngan kwn2. Mintak 10 hinggit pun diorang leh bagi. Dulu..pernah aku mintak duit ngan bos aku...20 hinggit dia bagi. Masa tu aku ngah traning lagi. Elaun lom masuk siot!!! Bos aku pon bagi lah duit. Bagi aku, diorang nie memang pemurah lah sume. Mungkin gaji pon leh tahan kot. Gomen katakan....
Tapi ada je yang lokek sikit...Takleh nak elak la. Suka makan bila orang belanja tapi nak keluar sendiri bukan main payah. Tapi xpelah. Asal jangan menyusahkan aku sudah....


Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima







Monday, March 15, 2010

Aku Antara Orang Bertuah

Aiman ada kawan...nama dia arif.. Eh, tersasul pulak. Terbawak-bawak dengan watak Aiman tu. Gini, alkisahnya...aku adalah sorang kawan laki. Umo dia awal 20-an la. Dah keje. Dah dia malas nak belajar. Ntah spm pas ke tak aku pon xtau. Aku barulah jugak kenal ngan dia nie. Hari tu kitorang kuar gie makan2 (orang belanja baru dapat gaji). Dia ada citer pasal family dia.
Flashback sekejap....
Dulu bila dia sms aku, mesti dia mengeluh, kata aku nie beruntung dari keluarga senang, tak pernah hidup susah, tak pernah pun makan nasi ngan air masak je. Tapi dia xtau yang aku pun orang susah cuma taklah seteruk dia...
Ok, sambung citer...
Rupa2nya barulah aku tau kenapa dia selalu mengeluh. Dia anak lelaki sulong dalam family dia. Kakak dia nie boleh dikatakan kategori cerdik la sikit. Sambung belajar di kolej lepas spm (kira terer r tue...). So, disebabkan dia ni kurang cerdik berbanding kakak dia...ayah dia tak berapa ambik kisah sangat la pasal dia ni. Sikit2 kakak dia. Bagi duit la, semua yang kakak dia nak, ayahnya akan kasi. Dia??? Habuk pon susah nak dapat. Lepas tue dia pun cari keje.
Satu hari....dia balik lewat malam sebab keluar ngan kawan2. Ayahnya mengamuk...halau dia dari rumah. Dia tido kat mana??? Kat surau area kawasan rumah dia jugaklah. Dia pun cari keje dan keluar dari negeri tue dengan berbekalkan RM80 je. Keje kilang. Tak lama mak dia suruh dia balik. Nak jaga hati mak baliklah. Tapi masa dia kena halau dulu, mak dia tengok je (kelip2 mata-bak kata orang ganu). Merata la dia keje sampailah sekarang keje dia oklah. Siap boleh bagi kat mak ayah lagi. Kakak dia??? Haramm. Dah keje, tapi satu sen pon tak bagi kat mak ayah. Mak ayah mintak dari dia jugak.
Tulah...anak yang dihalau ini dulu jugaklah yang dicari bila terdesak. Setiap kali balik kampung, mesti dia akan bagi duit kat mak ayah dia. Kadang2 kesian jugak...makan nasi lauk kicap je, kdang2 megi (tapi megi selalu sebenarnya). Takut nanti mati dia dok makan megi je. Dahlah kurus kering je aku tengok. Tapi nak wat camne...Takkan aku nak ambik buat laki kot. Nanti aku yang mati. Sebab tulah , aku rasa aku ni antara orang yang bertuah. Walaupun mak ayah aku dah xde, tapi aku masih tersenyum dan bergelak ketawa ngan adik beradik aku. Makan pakai aku cukup. Pendidikan..alhamdulillah. Walaupun x tinggi sangat tapi aku masih mampu berbangga. Syukur pada-Mu Ya Tuhan...kerana melimpahkan aku rezeki dan kebahagian hidup. Semoga aku sentiasa menjadi orang yang bersyukur....Amin..



Yang penting... Ingat Dia selalu

dan

Jangan lupa berdoa



Saturday, March 13, 2010

Alhamdulillah... Dapat keje gomen

Alhamdulillah...
Aku dah dpt keje gomen. Negeri sendiri lak tu. X kisah la gred bpe pon asal keje yg halal. Aku akui aku ni siswazah...graduan unibesiti... Tp korang ingat senang ke nak dpt keje skang??? Gomen lak tu. Aku ni antara insan yg bertuah dpt keje lam masa yg singkat. Nak further study??? Fuh, berpeluh aku. Tobat xmo dah. Bkn xnak cari ilmu lagi...Kalau ikut hati nak je...Tapi material aku kureng r... Lagi satu, aku punya fokus nak study tu dah hilang. Dari tunggu spm aku keje sampailah aku grad..x pernah aku duk saja je menghabiskan boreh. Mesti aku keje. Kurang2 lepas duit makan..top up.. Tak kisah keje apa pun. Mungkin berkat usaha aku + doa family aku..akhirnya aku dpt kerja....
Alkisahnya...Aku masuk t-gas (Terengganu Graduate Attachment Scheme). Dpt elaun RM600 sebulan. Lepas 9 bulan... aku dpt jawatan kosong yg ditawarkan..Dapatlah kerja kat situ.
Nak dijadikan cerita... Ada pulak mulut2 yg duk kte aku pakai kabel la, bodek bos la. Apa kes??? Aku paling x suka org duk tabur fitnah merata2. Memang aku pakai kabel. Korang tau??? Kabel aku...Kederat aku lerr.. Keje cam nak mati. Ibadat x pernah lupa. Doa setiap hari. Sokongan kwn2 dan bos aku...Last2 dpt keje..Diorang pandai mengata je. Tapi aku x kisah. Mulut orang xleh tutup. Bnyak jugak tomahan yang aku terima. Dari kawan sendiri lak tu. Allah itu maha adil. Aku dpt kebaikan di atas kebaikan yg aku lakukan. Sekarang leh berbangga kit walaupun x tetap agi status aku kat tmpt keje aku skang tp at least aku berjaya memberi kebanggaan kpd family aku. Cuma mak ngan ayah aku je x dpt tgk kejayaan aku. Aku x sempat nak kongsi ngan diorang. Tapi aku yakin mereka dapat rasai walaupun dari jauh... Miss U So Much My Mum n Dad... Love u.

Musim Makan Nasi Minyak

Bulan ni ramai tol wat kenduri. Sana kawen sini kawen. Asal hari Sabtu, mesti aku kena gie kenduri. Member2 lak tue... Ish ish ish..diorang nie maju tol la bab2 kawen nih. Kerja aku xde lain..cari hadiah. Dah member kawen...kenalah bagi hadiah... Xkan nak bagi gula kot. X pon.. Bagi gula2. Hahaha Gila apa. X dibuat org. Apa kte nanti aku buat. Jimat ckit. Hehehe. Jahat la aku nih. X baik buat kwn2 gitu. Xpe lah. Aku hepi tgk kwn2 aku nek pelamin. Aku tolong mkn nasi minyak diorang jelah...tambahkan berat badan aku yg comel nih.
Sebut pasal kawen, seronok tgk kwn2 kawen awal. Muda2 g dah dukung anak. Ok gak. Tapi bila tgk rakan2 sekerja yg ramai lum kawen walaupun umur dah makin sikit... Kesian jugak. Kadang2 kita risau tgk kwn2 sume dah kawen tp kita x kawen ag...tp terfikirkah kita akan perasaan kwn2 yg lum kawen walaupun umur dah lanjut. Kesian..nanti bila dah tua, duk sorang2. Anak2 xde. Harap anak saudara. u pun kalau dekat..kalau jauh??? Walaupun aku x fikir lagi nak kawen dlm masa terdekat ni, tp aku harap aku xkan membujang sampai tua. Nak jugak ada teman bila dah tua2 nanti. So, jgn selalu pandang sedang berseronok je tp sesekali fikirkan juga pada yg sedang bersedih..yg penting mereka sunyi sgt....

Introduce Myself

Salam. Nama aku...mmmm panggil princess_w dahlah.
Umo...mmm muda gi.. Dah keje. Dulu study x tinggi ngat...gayat.
Maleh aku nak sambung2 nih. Bkn bijak cam orang lain. Aku ni anak yatim piatu + piata (x beribu x berbapa n x berharta).
Keje... gomen.. bolehlah.
Lepas bayar kete bulan2, mkn, top up, simpan ckit2.
Kawen??? Nantilah. Ada ke org nak kat mala'un cam aku nih. Risau gak aku kat lelaki bertuah yg akan jadi soulmate aku nanti.Hehehe.
Insya Allah, ada jodoh, aku kawen. Ngan sape?? Tunggu....

Aku ni blogger baru...hihihi.X reti nak membebel. Just for sharing what of in my heart. Nama pon tinta tertak hati...kan... Ok lah. Jumpa agi. Choww...

Ni baby aku..Dia pon masuk pengakap gak. Giler glamer gak..cam mummy dia.Ahakss